Alamak ai!!! Malunya la ada pemimpin amcam ni. Dulu bukan main lagi dia dok buat tuduhan ikut sedap mulut dia je. Sekarang dan mula ketar lutut?
Hari tu, masa isu kes video seks Pak Mus Stopa Spendar ni mula menjadi bahan bualan dikalangan rakyat, dia mula menggelabah tak tentu arah.
Dalam keadaan kelam kabut tu la yang membuatkan Pak Mus kita ni mula terlepas cakap. Dia bantainya buat tuduhan melulu terhadap orang lain.
Mungkin dia ingat dengan membuat dakwaan terhadap UMNO, tak de la tindakan yang akan diambil. Searang, baru la Pak Mus tu tau sama ada langit tu tinggi atau pun rendah.
Sekarang beria - ia la dia nak selesaikan kes tu melalui Mediasi. Kiranya Pak Mus ni sedar yang dia tak de duit kot nak bayar saman yang difailkan terhadap dia.
Jadi, sebab tu la dia setuju nak selesaikan kes tersebut dengan cara yang telah dicadangkan oleh pihak Mahkamah. Itulah Pak Mus. Lain kali, kalau nak bercakap tu biar la guna otak. Jangan la banyak sangat guna Kepala Lutut!!!
Umno dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali serta dua orang lagi hari ini bersetuju untuk merujuk kes saman fitnah berhubung penerbitan artikel yang mengaitkan Umno dengan penyebaran video lucah di laman sesawang, secara mediasi.Peguam Zulhazmi Shariff yang mewakili ketua pengarang laman portal HarakahDaily.net Zulkifli Sulong memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan 15 Januari untuk pengurusan kes bagi mengetahui perkembangan proses mediasi itu.Pada 23 April lalu, Umno memfailkan saman dengan menamakan Mustafa, peguam cara dan peguam bela bagi Mustafa, Asmuni Awi dan Zulkifli sebagai defendan pertama hingga ketiga.Writ tuntutan itu difailkan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh bagi pihak Umno dan mendakwa Mustafa telah membuat memfitnah terhadap Umno menerusi ceramah dan kenyataan yang kemudian diterbitkan menerusi laman portal www.malaysiakini.com dan HarakahDaily.net serta akhbar The Star.Umno memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu perintah injunksi menghalang defendan atau ejen mereka menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap Umno dan perintah kesemua defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.
Itu lah bodohnya pemimpin PAS tapi berlagak pandai..antaranya Stopa ni le.
BalasPadam