Ahad, November 03, 2013


Ramai yang beranggapan bahawa perlantikan Si Mahfuz Bean ni sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil di DUN Sungai Limau ni satu tindakan yang tepat dilakukan oleh PAS.

Memandangkan Si Mahfuz Bean ni merupakan salah seorang Naib Presiden dan kini menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, maka memang logik dia dipilih.

Tambahan pulak, Si Mahfuz Bean ni seorang yang 'Cerdik' dan panjang akal. Kalau tidak, macam mana dia mampu untuk sekadar 'Lulus' dalam SRP je ye tak.

Jika kita lihat gerak kerja yang dilakukan oleh Mahfuz Bean sepanjang PRK Sungai Limau ni, memang terbukti bahawa dia seorang yang 'Genius'.

Terlalu 'Genius' sampai tahap dia mampu menjadikan isu remeh temeh sebagai modal untuk berpolitik dan menghasut rakyat dikawasan Sungai Limau ni.

Mula - mula sekali dia turun dengan menjaja nama Allahyarham Tan Sri Azizan Razak untuk meraih simpati dari kalangan penduduk sekitar kawasan tersebut.

Mahfuz tau yang calon PAS tu tak de mempunyai kredibiliti tersendiri. Maka sebab itu la dia sanggup mempergunakan nama Tan Sri Azizan Razak dalam kempen dia kali ini.

Tapi, lama kelamaan, nama Allahyarham Tan Sri sudah tidak lagi disebut dan dijadikan bahan jajaan oleh PAS sebab orang kampung mula marah.

Dalam pada itu, PAS mula dipukul dengan kontroversi berkaitan dengan isu gambar palsu calon mereka yang didedahkan oleh Sinar Harian.

Nampak sangat isu tersebut menjerat PAS dan menambah kebencian orang kampung terhadap mereka kerana sanggup mempermainkan Arwah Ustaz Azizan.

Kemudian, Si Mahfuz Bean ni cuba cari jalan lain untuk terus menghasut rakyat. Maka dia gunakan pulak isu susu tamat tempoh yang kononnya dikaitkan dengan Datuk Azeez Rahim.

Walhal, Mahfuz sendiri tau yang susu tu bukan dari Datuk Azeez sebab jenama susu tu pun tak sama. Malah Datuk Azeez sendiri mengakui tiada pengedaran dibuat oleh pihaknya.

Tapi, Si Mahfuz Bean tu mana nak mengaku kata dia dah tersalah cakap. Dia heret pulak seorang makcik tua untuk membenarkan fitnah jahat dia terhadap Datuk Azeez.

Tak cukup dengan itu, puak - puak Parti Angguk Saja pimpinan Si Mahfuz Bean tu turut menjadikan isu berkaitan dengan kopiah sebagai bahan untuk diorang berpolitik.

Lihat betapa murahnya nilai pemikiran Si Mahfuz Bean tu. Dia anggap orang di Sungai Limau ni semuanya bodoh macam dia gamaknya. Tu pasal dia bat isu macam tu.

Pun belum lagi kita cerita pasal isu tabur benih padi dalam air separas lutut yang menjadi bahan lawak jenaka dikalangan penduduk Sungai Limau sendiri.

Ada pulak Si Mahfuz Bean tu kata ianya teknologi baru. Jadi, bagi orang Sungai Limau yang gelakkan dia sebelum ini semuanya dianggap ketinggalan zaman oleh Mahfuz Bean tu.

Nah!!! Bukankah itu satu penghinaan kepada majoriti penduduk dikawasan Sungai Limau ni yang kebanyakkannya terdiri dari petani dan pesawah?

Jelas Si Mahfuz tu hanya sekadar mahu memperlekehkan dan memperbodohkan orang kampung diseluruh kawasan Sungai Limau ni. Kalau dia tu cerdik sangat, takkan la dia setakat 'LULUS' SRP je ye tak. Tu pasal la dia buat kerja semuanya BONGOK belaka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping