Jika awal tadi SH dedahkan mengenai kekecewaan seorang blogger PAS terhadap pemimpin parti dia yang tak berani buat laporan Polis (Klik sini), kali ni lain pulak kisahnya.
Lewat tengahari tadi, berita mengenai dalang disebalik tindakan biadap menggantung kaki patung sudah pun ditahan dan siasatan masih lagi dibuat oleh pihak Polis.
Perkara tersebut tersebar didalam ruangan media sosial dan mula menjadi viral sekitar tengahari tadi. Mungkin inilah punca kenapa PAS takut nak buat laporan.
Mungkin diorang, kalau diorang buat laporan, mesti ada dikalangan ahli diorang sendiri yang akan terjerat dalam perangkap yang diorang pasang. Maka, sebab itulah diorang hanya sekadar pandai membuat dakwaan dan tuduhan terhadap orang lain!!!
Seluruh rakyat Malaysia khususnya penduduk di Sungai Limau berasa kecewa dan terkilan apabila ada individu-individu yang biadap telah mempersendakan arwah Ustaz Azizan.Mereka dengan biadapnya menggantung replika kaki palsu dengan niat memprovokasikan keadaan Ustaz Azizan setelah kakinya dipotong akibat kencing manis.Penduduk di sekitar Sungai Limau dikejutkan dengan penemuan beberapa patung kaki digantung berhampiran khemah BN di sekitar Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau Luar di sini.BN telah membuat laporan polis berkenaan perkara itu kerana provokasi biadap seperti sukar untuk diterima oleh semua pihak.Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno bahagian Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut menafikan bahawa pihak BN terlibat dengan tindakan tidak bermoral itu..Sementara itu,Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perbuatan itu amat dikesali dan beliau menggesa pemimpin Pas tampil membuat kenyataan menafikan bahawa jentera mereka terlibat dalam insiden memasang patung-patung provokasi berhampiran beberapa pusat gerak kerja Barisan Nasional (BN).Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ditemubual selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini tengah hari tadi.
Tak sempat dah PAS nak buat tuduhan terhadap UMNO atau membuat penafian kerana dalang mereka telah di tangkap. Tu dia.........ni lah akibat dari pengajaran yang di tanam ke dalam hati2 setiap ahli PAS yang sentiasa menyemai perasaan benci kepada UMNO dan menanam perasaan ujub di dalam diri mereka.
BalasPadam