Selasa, November 26, 2013

ADUN Bingai!!!
Hanya kerana kedangkalan akal dalam membahaskan usul dan suka sangat berfikir menggunakan Kepala Lutut, maka memang sepatutnya ADUN Pakatan tu digantung.

Sebelum ini, ADUN berkenaan dikatakan telah menuduh YAB Menteri Besar Pahang membentangkan Bajet Palsu dalam sidang Dewan Undangan Negeri. (KLIK SINI)

Jelas, tuduhan yang dilemparkan oleh ADUN berkenaan sangat berat dan dianggap menghina sidang DUN yang sedang berlansung Selasa lalu.

Hakikatnya, kenyataan yang dibuat oleh ADUN berkenaan sangat berbeza dengan apa yang dibahaskan oleh rakan - rakan dia yang lain dalam sidang DUN yang sama.

Jika diperhatikan, seramai 11 orang ADUN dari kalangan Pakatan itu membahaskan usul Rang Undang - Undang Pembekalan dan menyokong Bajet yang telah dibentangkan.

Perkara tersebut juga boleh dianggap sebagai satu tindakan yang bertentangan dengan apa yang telah dibahaskan oleh ADUN tersebut sebelum ini.

Nampak sangat la yang dikalangan ADUN - ADUN Pakatan tu sendiri pun tidak senada dalam menyuarakan pendirian mereka dalam sidang DUN.

Malah ada dikalangan mereka sendiri hanya mampu menggelengkan kepala sewaktu ADUN berkenaan menyatakan keengganannya untuk menarik balik tuduhan tersebut.

Inilah masalahnya dengan ADUN Muda yang PERASAN macam dia bagus sangat ni. Dia ingat dia bijak sangat. Padahal baru ini la kali pertama dia jejak kaki dalam sidang DUN.

Macam mana dia jadi ADUN pun tak pasti la. Yang nyatanya, dia sendiri keliru dengan pembentangan Bajet yang telah dibuat. Perbelanjaan Negeri boleh disamakan dengan perbelanjaan syarikat?

Kan nampak sangat yang ADUN tu kurang cerdik? Tak pasal - pasal je dia dah menyusahkan wakil - wakil dari kalangan ADUN Pakatan yang lain yang menagih Peruntukan Tambahan dari Kerajaan negeri.

Bila ada ADUN senior bagi pandangan supaya dia tarik balik tuduhan tu, dia buat tak tau je. Dasar manusia lupa diri memang macam tu la. Nak jugak dia ikut 'Kepala Besar' dia. Penyudahnya, dia menyusahkan orang lain!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping