Suami wanita yang dikaitkan dengan skandal pelakon Adi Putra, Amiruddin Othmann, 50, mengakui sudah menceraikan isterinya secara lisan dua hari lalu, namun masih nekad meneruskan rayuan agar kes tersebut disiasat semula.
Ahli perniagaan itu yang mengakui menceraikan isterinya, Noraida Abd. Mutalib, 29, jam 4 pagi pada 19 Disember lalu di rumahnya, di Johor Bahru itu akan memohon rayuan di Jabatan Peguam Negara dengan mengusulkan seksyen baru bagi siasatan itu.
"Saya menceraikan isteri saya Noraidah dengan talak satu.
"Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi kami bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran," katanya.
Menurutnya, kes itu mahu diteruskan semula kerana ingin menuntut keadilan dan berasa kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan isterinya dengan pelakon, Adi Putra.
Menerusi sidang media yang diadakan di perkarangan bangunan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini, Amiruddin memberitahu, dia membuat rayuan itu kerana mahu membersihkan semula namanya.
Dakwa Amiruddin, dia tidak berpuas hati dengan dengan hasil siasatan yang telah dibuat dan keputusan itu disyaki berat sebelah.
"Saya telah mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti pertuduhan relevan dari Seksyen 509 kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan untuk membuat rayuan.
"Ada beberapa bukti yang menunjukkan kes ini perlu diteliti semula, ia semua berkaitan dengan maruah saya bagi menuntut keadilan.
"Saya berharap pihak berkuasa menelitinya semula kerana saya rasa teraniaya dan menyebabkan rumah tangga saya runtuh," katanya yang mendakwa berasa kecewa apabila kes itu diklasifikasikan tiada tindakan lanjut.
Pada September lalu, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
takpe .. mantul lagi tu ... ada la orang nak nanti
BalasPadamcari lagi pucuk muda....kan dah melilau mata tu....
BalasPadamtak palah. drpd menanggung dosa tak dpt bimbing isteri, baiklah dilepaskan. nampaknya dia bukan saja gemar anto gmbar yg bukan2 tapi mcm dah terbiasa buat free show kat public. klau dah suka buat kerja tu tak yah la buang masa. terbukti bekas isteri anda mmg suka menunjuk2 barang yang anda dah pakai. janga buang masa polis. jangan buang masa kitorang tgok bnda2 mcm ni. mak ,adik beradik pompuan dan semua org perempuan dlm dunia ni ada apa yg x wife awak ada. tak yah la buat kecoh. sesak mata. hari2 dpt dosa kering yg dia buat. boring
BalasPadamBro..mohon dipautkan link blog sy..
BalasPadamblog anda telah sy pautkan..
Trimasssss
Hablulyuzi.blogspot.com