Jumaat, Disember 20, 2013


Heh! Tau diorang ni goyang bila pihak Kerajaan nak ambik tindakan terhadap mereka yang menghina agama Islam dan institusi Raja. Tau diorang takut kena lucut kewarganegaraan.

Nasib baik la penguatkuasaan tu masih belum dilaksanakan. Kalau tidak, dah lama dah dua ekor beruk ni kena merempat kat Negara orang dan tak dibenarkan masuk dalam Negara. Masa tu nanti, baru la dia tau langit tu tinggi atau rendah. Baru PADAN MUKA diorang!!!
KUALA LUMPUR - Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini gagal dalam permohonan mereka di Mahkamah Tinggi di sini untuk menangguhkan perbicaraan kes mereka di Mahkamah Sesyen berhubung tiga dakwaan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.
   
Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim menolak permohonan itu selepas mendengar hujahan peguam Chong Joo Tian yang mewakili pasangan itu dan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.
   
Kamardin dalam penghakimannya berkata tiada merit dalam permohonan itu selain alasan yang dikemukakan kedua-dua pemohon tidak mencukupi bagi membolehkan mahkamah membenarkan penangguhan prosiding itu.
   
Beliau berkata, alasan kedua-dua pemohon bahawa sekiranya mahkamah membenarkan perbicaraan diteruskan tanpa menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan akan memprejudiskan mereka, adalah tidak berasas.
   
"Dengan itu permohonan mereka ditolak dan perbicaraan di Mahkamah Sesyen akan diteruskan," katanya.

Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, mengemukakan permohonan menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu rayuan diputuskan Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
   
Pada 21 November lepas, Kamardin menolak permohonan pasangan itu untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan dengan alasan pertuduhan yang dibuat terhadap mereka adalah sah, teratur dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
   
Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang mengandungi logo halal, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan, di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi di sini antara 11 dan 12 Julai lepas.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping