Ahad, Disember 22, 2013


Walaweh!!! Apa yang diherankan sangat bila Datuk Seri Liow Tiong Lai tu menang dalam pemilihan parti MCA dan berjaya merebut jawatan Presiden? Pelik sangat ke?

Padahal benda tu kita dah boleh jangka sejak dari awal. Tengok barisan calon - calon yang bertanding pun kita boleh tau siapa yang bakal jadi Presiden MCA tu.

Sekarang dia dah menang, jadi apa yang nak diherankan sangat? Yang kita nak tau sekarang ni, mampu atau tidak dia nak mengubah landskap Politik masyarakat Cina di Malaysia ni.

Mampu ke dia nak bawak perubahan dan mengubah semula haluan sokongan masyarakat Cina di Malaysia ni terhadap Kerajaan Barisan Nasional yang sedia ada?

Kebanyakkan suara - suara mereka yang berada dibawah masih lagi skeptikal dengan kemampuan MCA untuk membuktikan sama ada mereka boleh buat atau tidak.

Pandangan dan kritikan yang berkumandang dalam laman media sosial terutamanya masih lagi sinis dengan usaha yang dibuat oleh pemimpin MCA sendiri.

Malah, ucapan dasar yang diucapkan oleh pemimpin MCA sebelum ini juga mendapat respon yang mencurigakan dari kalangan rakyat Malaysia termasuk masyarakat Cina sendiri.

Namun, bak kata seorang pemimpin yang SH jumpa sebelum ini meluahkan pandangan yang cukup bernas dan boleh diterima akal buat sementara waktu.

Katanya, sekarang bukan masa untuk kita menunding jari. Sekarang masanya untuk mencari jalan penyelesaian kepada kemelut yang melanda demi masa depan Negara. 

Jadi, tak payah la nak buang masa menunding jari menyalahkan orang itu dan ini. Tak mendatangkan faedah lansung. Ini masanya buat semua pihak, terutamanya MCA untuk bergerak memenangi hati rakyat. Jangan buang masa tak tentu arah!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping