Ahad, Disember 22, 2013


Anwar Ibrahim yang terlibat dalam kes Liwat tahu bahawa beliau akan kalah dalam rayuan yang difailkan oleh pihak pendakwa yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee.

Antara faktor-faktor yang dinyatakan oleh Pendakwaraya untuk memfailkan Rayuan untuk Kes Liwat 2 adalah:
Keraguan terhadap integriti sampel DNA yang diambil daripada Saiful
Kecuaian Pegawai Penyiasat
Kenyataan hipotesis oleh 'expert witness' iaitu David Wells dan Brian Macdonald
Dalam Petisyen yang difailkan, sebanyak 9 sebab telah dikemukakan oleh Pihak Pendakwa untuk pertimbangan semula oleh hakim-hakim di Mahkamah Rayuan.

Menurut Petisyen yang difailkan, Hakim Mahkamah Tinggi telah salah tafsir kes dan bukti-bukti yang dibentangkan berikutan kewujudan beberapa percanggahan dalam keputusan Hakim Mahkamah Tinggi sebelum itu dengan keputusan muktamadnya pada 9 Januari yang lalu. 

Misalnya, jikalau integriti sampel diragui, ATAS DASAR APA Tuan Hakim menyuruh Anwar Ibrahim untuk 'enter defence'. 'Enter defence' bermaksud Pihak Pendakwa telah berjaya membuktikan ada kemungkinan besar Anwar Ibrahim bersalah.

Hakim Mahkamah Tinggi dalam alasan penghakimannya pada masa tersebut telah mengesyorkan integriti sampel DNA Saiful tidak dikompromi. Oleh itu, ada asas untuk menyuruh Anwar Ibrahim untuk menjawab tuduhan ke atasnya. 

Dalam hujah-hujah yang dibentangkan oleh Peguambela Anwar berdasarkan kenyataan saksi pakar daripada Australia, soal tentang kesahihan sampel tersebut tidak menjadi hujah utama. 

Alasan 'break in the chain of evidence' di mana bukti-bukti yang penting untuk kes telah dikompromikan. Kita berhujah bahawa DSP Judy iaitu Pegawai Penyiasat Kes Liwat 2 adalah seorang yang tidak mempunyai integriti berdasarkan rekod lama beliau yang pernah disiasat untuk sebuah kes sebelum ini.

Malah, DSP Judy telah melanggar peraturan IGSO iaitu Inspector General Standing Orders. Peraturan IGSO yang dilanggarnya ialah tidak mendengar arahan daripada Jabatan Kimia untuk menyimpannya dalam Lokar untuk Simpan Ekshibit Mahkamah yang digunakan untuk kes-kes yang lain tetapi telah menyimpannya dalam lokar peribadinya di dalam bilik. 

Secara ringkas, sampel DNA tidak ada masalah daripada segi integriti maupun kesahihannya. Malah, sampel tersebut telah didapati padan dengan sampel DNA Anwar yang diambil daripada lokap di mana dia ditahan untuk satu malam. 

Memandangkan undang-undang pada masa itu memerlukan kebenaran daripada tertuduh untuk memberi sampel DNA, kita telah pertikaikan penggunaan DNA yang diambil daripada lokap. Kan Anwar Ibrahim menggigil untuk beri DNA-nya. 

Huraian di atas adalah petunjuk penting kepada sandiwara masa kini di mana Anwar cuba cari pelbagai alasan untuk tangguhkan kesnya. Mengapa Anwar meroyan begini? Gelisah pula itu!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping