Alahai!!! Kesiannya la dengan Si Husam ni ye. Memang nampak sangat la yang orang di Kelantan tu memang dah tak nak khidmat dia lagi. Diorang memang nak kerat dia hidup - hidup.
Kiranya, Si Husam ni hidup macam orang yang dah jatuh ditimpa tangga. Sudah la nama dia tak lekat dalam Exco Rejim PAS Kelantan. Sekarang, dalam parti pun hanya tempelan.
PAS Kelantan tu bagi dia jawatan pun hanya untuk 'Menjaga Hati' dia je sebagai seorang Naib Presiden PAS Pusat. Kalau tidak, jangan harap la dia dapat jawatan apa - apa.
Mungkin disebabkan Si Husam tu menyedari hakikat tersebut, maka dia anggap ianya sebagai satu penghinaan. Kiranya, bagi Husam, jawatan tu hanya sindiran buat dia.
Tapi apa boleh buat. Si Husam tu sendiri yang tempah penyakit ni dulu. Dia sendiri yang saja cari musuh masa dia berkuasa. Sekarang, itulah hukumannya. Pun dia masih tak sedar diri lagi? Kalau macam tu, sampai kesudah la Si Husam tu sesat!!!
KOTA BHARU - Khidmat Datuk Husam Musa masih diperlukan dalam kepimpinan Pas Kelantan setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya III parti itu bagi sesi 2013 hingga 2015.Ia sekali gus menamatkan spekulasi sebelum ini apabila ada mempersoalkan sama ada Husam akan terus berada dalam kepimpinan Pas Kelantan selepas namanya digugurkan daripada senarai exco kerajaan negeri Jun lalu.Pengumuman dibuat Pesuruhjaya Pas Kelantan yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob melalui laman sosial Facebooknya selepas mesyuarat khas badan perhubungan parti itu, di sini, semalam.Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilantik Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan menggantikan Ahmad, manakala bekas Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS) yang juga ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Johari Mat dilantik Timbalan Pesuruhjaya II yang sebelum ini disandang, Husam.Sementara itu, Husam berkata, beliau menerima jawatan tersebut walaupun lantikan itu seakan mempersendakannya sebagai Naib Presiden Pas.Menurut Husam, persetujuan itu demi memastikan kerajaan Kelantan kekal pada PRU14.“Saya terima sekali pun ia seakan mempersendakan saya selaku naib presiden Pas, (saya terima) bertujuan mempertahankan kerajaan Pas di Kelantan dalam PRU akan datang,” katanya melalui SMS.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.