Pergh!!! Memang kejam beb. Ingatkan selama diorang ni bagus la sangat. Rupanya diorang ni lagi teruk dari apa yang diorang dakwa terhadap orang lain.
Jika selama hari ini, diorang buat dakwaan dan tuduhan kononnya pihak kerajaan Malaysia ni seringkali bertindak kejam tanpa memikirkan nasib rakyat.
Tapi hakikatnya, semua tuduhan dan dakwaan yang mereka buat hanya berdasarkan rasa hati serta tidak disertai dengan bukti yang kukuh. Setakat cakap je lebih.
Padahal, dalam masa yang sama, tindakan yang diorang lakukan terhadap rakyat di Negeri yang berada dibawah pimpinan mereka lagi kejam. Lansung tak bagi peluang kepada rakyat.
Kalau kita tengok di Pulau Pinang, tak de bagi notis, tak de bagi amaran. Ikut suka hati diorang je kalau nak robohkan kedai dan gerai milik rakyat. Nak pulak kalau Melayu.
Dan kini, perkara tersebut mula merebak ke Selangor pulak apabila Rejim Pakatan Selangor tu dengan rakus ingin menekan rakyat dengan mengenakan tindakan yang bukan - bukan.
Korang bayangkan la. Punya nak naikkan jugak caj lesen perniagaan tu kepada 400 peratus sanggup diorang suruh rakyat bayar dulu baru boleh buat rayuan?
Katanya, rayuan tu pulak akan bergantung kepada merit dan akan dipertimbangkan. Itu pun KALAU diorang nak pertimbang. Kalau tidak? Hangus begitu je la duit rakyat tu jawabnya.
Itulah bahananya bila pilih Rejim Pakatan yang hanya pandai bermain Politik tanpa memikirkan tentang bebanan yang rakyat hadapi. Diorang bukan peduli sangat pun.
Kalau diorang buat, semuanya halal belaka. Tapi kalau Kerajaan Barisan Nasional buat, siap nak anjurkan perhimpunan bantahan dan sebagainya. Pun diorang masih nak menafikannya?
Sudah - sudah la nak menipu rakyat ni. Rakyat pun bukannya bodoh sangat kalau nak ditipu bulat - bulat macam tu. Sekatakt bercakap nak menjaga Kebajikan Rakyat. Tapi hakikatnya, duit rakyat tu jugak yang diorang perah. Jadi, tak payah la nak mengata orang lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.