Sabtu, Disember 14, 2013


Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai penularan fahaman Syiah di negara ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat mengenai fahaman itu yang jika tidak dibendung, ia mampu beralih menjadi militan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, pendedahan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai Syiah adalah sebagai ingatan kepada orang ramai untuk tidak memberi peluang kepada fahaman itu dari terus tersebar kerana ia hanya boleh mengundang bahaya sebagaimana yang berlaku negara-negara Timur Tengah.

"Tengok apa yang berlaku di Syria, Iraq dan paling teruk Pakistan. Apabila Syiah menjadi besar, mereka beralih menjadi militan dan berlaku pertembungan orang Sunni dengan Syiah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan program mencegah jenayah 'United Against Crime Through Eyes In The Sky' di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Khalid berkata, pihak polis tidak akan berkompromi jika berlaku ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam dan ia akan sentiasa memantau kegiatan Syiah.

Beliau berkata, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membendung fahaman itu.

Pada minggu lepas, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno mendakwa pemimpin nombor dua Pas turut terlibat dengan fahaman Syiah sementara semalam Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping