Kalau semalam, Si Terasa Cork tu telah ditendang oleh puak - puak DAPigs di Selangor. Kali ini berita sedih kita dengar di Kelantan pulak.
Katanya, Si Husam Kambing tu jugak ditendang dari kepimpinan PAS di Kelantan. Nama dia katanya telah digugurkan secara rasminya oleh Pesuruhjaya yang baru.
Alahai!!! Kesian sungguh la dengan Si Husam Kambing ni. Dah la nama dia digugurkan dari menjadi sebahagian dari Rejim PAS Kelantan. Sekarang nama dia tak de pulak dalam senarai jawatankuasa Negeri. Memang nampak sangat la dia ni dah dikerat oleh ahli - ahli parti dia sendiri!!!
Pesuruhjaya PAS Kelantan yang baharu Datuk Ahmad Yakob pada Ahad mengumumkan tiga timbalan pesuruhjaya dan barisan anggota jawatankuasa badan perhubungan PAS negeri.Dalam entri terbaru laman sosial Facebook rasmi Menteri Besar Kelantan itu, beliau memaklumkan mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS Kelantan yang berlangsung hari ini memutuskan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1.Bekas Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS) yangjuga Anggota Dewan Negara Senator Datuk Dr Johari Mat dilantik sebagai TimbalanPesuruhjaya II manakala Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk HusamMusa sebagai Timbalan Pesuruhjaya III.Sebelum ini, Husam yang merupakan bekas exco kanan adalah Timbalan Pesuruhjaya II, manakala Ahmad dan Mohd Amar masing-masing adalah Timbalan Pesuruhjaya I dan III.Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat dikekalkan sebagai Setiausaha BadanPerhubungan PAS Kelantan, manakala anggota Parlimen Kota Baharu Datuk TakiyuddinHassan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan menggantikan Wan NikWan Yusoof.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nasaruddin Daud pula dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Kelantan yang baharu, menggantikan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri.Media bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan mesyuarat itu yang berlangsung di Bangunan PAS Negeri di sini.Keputusan mesyuarat itu hanya diumumkan di laman sosial rasmi Menteri Besar itu dan HarakahDaily.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.