Mahfuz berhujah, mengapa Kerajaan tidak mengambil alih saja syarikat-syarikat konsesi tol di seluruh negara sebagaimana yang dilakukan terhadap AES? Katanya, kalau kerajaan ambil alih syarikat-syarikat tersebut, kerajaan mampu mengekang harga tol dari terus naik.
Katanya, dia faham kadar tol terpaksa dinaikkan kerana merujuk kepada perjanjian konsesi pembinaan tol di antara Kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi terbabit.
Jadi, Mahfuz berpendapat bahawa kalau Kerajaan mengambil alih syarikat-syarikat itu maka kerajaan boleh menyekat kenaikan kadar tol yang membebankan rakyat.
Saya betul-betul malu mendengar hujah “pak pandir” dari Mahfuz itu. Buat malu orang Kedah saja! Macam inikah tahap pemikiran seorang wakil rakyat dari Kedah? Teruk betul!
Saya tertanya-tanya, sebelum Mahfuz berhujah, apakah dia menggunakan akal yang dikurniakan Allah untuk berfikir? Atau dia kufur dengan nikmat akal itu dengan enggan menggunakan akal yang diberikan sebaik mungkin? Apatah lagi dia seorang pemimpin yang mewakili rakyat, apakah dia tidak berfikir panjang?
Tahukah Mahfuz bahawa pihak kerajaan perlu membayar berbilion-bilion ringgit kepada pemilik syarikat-syarikat konsesi tol itu jika berhasrat membeli semua syarikat tersebut? Mahfuz tahu kira atau tidak jumlah wang berbilion-bilion ringgit?
Adalah sangat berbeza harga membeli AES dari syarikat asalnya berbanding syarikat konsesi tol. Pampasan yang dibayar atas pengambil alihan AES hanyalah berjumlah ratusan juta ringgit, mahu dibandingkan dengan pampasan yang melibatkan harga berbilion-bilion ringgit? Mahfuz hilang akal, kah?
Saya mengesyorkan agar Mahfuz terlebih dahulu menggesa Khalid Ibrahim untuk membeli semua syarikat konsesi air di Selangor dengan harga yang ditetapkan pemilik syarikat-syarikat terbabit.
Harganya hanya lingkungan RM9 bilion sahaja. Mengapa Khalid tak mahu beli keempat-empat syarikat itu dengan harga tersebut? Sebab harganya tinggi, bukan?
Kenapa Khalid tak beli syarikat-syarikat itu jika tindakan tersebut kononnya mampu memastikan masalah bekalan air bersih di Selangor dan Lembah Klang dapat diatasi? Bukankah pembelian itu juga demi kepentingan rakyat?
Kenapa Mahfuz tidak paksa Khalid beli saja syarikat-syarikat terbabit? Sebab Khalid Ibrahim itu PKR dan Kerajaan sekarang ialah BN?
Saya tidak marah kalau Mahfuz mahu mengkritik kerajaan. Ini bukan pertama kali dia mengeluarkan hujah yang betul-betul “mentah” dan dangkal, sebelum ini sudah berkali-kali dia memualkan ramai pihak dengan hujah bodohnya itu. Sampai naik menyampah pula kalau dilayan!!!
kalu nak ikut cakap mahfulus ni, semua dia nak kerajaan ambik alih. sampai lori sayoq pon dia nak kerajaan ambik alih untuk kurangkan harga sayoq. jamban rumah dia pon kalo boleh dia nak kerajaan ambik alih. senang dia takyah buat mentenen.
BalasPadambukan ka PKNS ada saham dalam sebilangan syarikat konsesi kat selangor tu. pasai pa tak mau beli extra saham untuk ambik alih konsesi tu? boleh jugak tunaikan manifesto nak mansuhkan tol. pasai hang tak mau buat pak lid oii?