Ahad, Disember 22, 2013


Diorang kata diorang nak memperjuangkan Kebajikan Rakyat. Diorang kata diorang ni membantah kenaikkan harga barang itu dan ini.

Tapi yang diorang turut serta nak suruh Majlis Ugama Islam Pahang naikkan kadar Mas Kahwin ni apa kejadahnya pulak? Dah hilang akal ke apa?

Kata Pak Berahim, perkara itu perlu dilakukan mengikut keadaan semasa. Dia nak samakan kadar mas kahwin tu dengan kenaikkan harga minyak yang dipengaruhi pasaran global.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu itu timbul semasa Mesyuarat Pertama Badan Perhubungan Pas Pahang, di sini apabila Pas Kawasan Pekan mengusulkan nilai mas kahwin dinaikkan kerana hampir semua harga barang meningkat.

Menurutnya, Pas negeri akan memanjangkan usul ini kepada Muip dan harap ada pertimbangan untuk menaikkannya kepada satu nilai yang berpatutan mengikut keadaan semasa.

“Pas Pekan cadangkan nilai mas kahwin dinaikkan pada kadar RM220.50, kami akan panjangkan perkara ini,” katanya pada sidang media, di sini.

Tuan Ibrahim berkata, Pas Pahang telah menerima usul itu dan berpendirian perlu ada semakan semula oleh Muip.

“Harga minyak (bahan api) pun setahun sampai tiga kali naik, jadi patut dah usul ini disemak semula,” katanya.
Sepatutnya, diorang perjuangkan supaya kadar Mas Kahwin tu diturunkan agar ianya tidak membebankan rakyat. Bukannya menambah bebanan yang sedia ada.

Kalau dinaikkan kadar Mas Kahwin tu, maka yang lain pun akan naik jugak. Hantaran pun dah la mahal sekarang ni. Naik kadar mas kahwin, hantaran pun naik la jugak.

Kot ye pun Pak Berahim nak perangkap pihak Kerajaan Negeri dan MUIP untuk tujuan memburuk - burukkan keadaan, baik tak payah!!! Tak mendatangkan faedah!!!

Nah!!! Takkan la benda semudah itu pun Pak Berahim ni tak faham kot? Andaikata semuanya naik belaka, maka makin ramai la orang bujang kat Pahang ni yang lambat kahwin!!! Semuanya sebab harga mas kahwin dah jadi mahal!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping