Rasanya dah banyak kali dah balun Pak Menteri sorang ni. Dia ni lagi teruk dari Pak Timbalan Menteri dulu. SH pun malas nak komen panjang - panjang.
Kalau SH komen nanti, rasanya lagi panjang Pak Menteri tu kena sumpah seranah. Jadi, cukup la korang baca komen dalam artikel yang dibuat oleh sahabat SH ni. Sekurang - kurangnya, bahasa dia masih bertapis lagi!!!
Menteri Ayam bersuara lagi. Kali ini beliau berkata Rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga berikutan kurangnya aduan yang dibuat kepada kementerian beliau.
Siaran Lansung Kita mengharapkan Menteri-Menteri barisan kabinet DS Najib mengeluarkan kenyataan yang bijak sedikit. Kalau begini caranya beliau memberi kenyataan, penyokong-penyokong Barisan Nasional pun boleh muntah hijau.Patutlah beliau kelihatan di rancangan siaran langsung Maharaja Lawak Mega. Pak Lawak rupanya beliau ini. Kalau harga ayam mahal jangan makan ayam makan daging. Kalau ikan mahal cuba cari benda lain nak makan.Itulah antara kata-kata keramat Pak Lawak yang bertaraf Menteri ini. Kita faham kalau beliau terus memegang jawatan sebagai Menteri. Cara beliau mencium tangan Perdana Menteri pun sydah cukup mengambarkan jiwanya. - CTS
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.