Rabu, Disember 25, 2013


Putrajaya hari ini menafikan dakwaan pembangkang mereka menjual aset kerajaan untuk mengurangkan defisit dengan mengatakan ianya dilakukan di bawah inisiatif pengewangan aset (monetization of assets) bagi memajukan tanah.

Ahli Parlimen Pandan penggal pertama itu minggu lalu mendedahkan laporan Bank Dunia yang mengatakan Putrajaya menjual aset negara bagi mengurangkan defisit ke paras 4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik," kata Kementerian Kewangan hari ini.

"Semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama," katanya lagi.

Kementerian Kewangan juga menegaskan tiada keperluan untuk memanggil sidang tergempar Parlimen kerana laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) tersebut telah pun  dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013.

"Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diuar-uarkan di dalam  media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit," kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan media itu lagi.

"Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara," kata kenyataan itu lagi.

Aset tersebut yang dipindah milik juga dilakukan mengikut harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

"Pensekuritian hutang kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam.

"Hasil pensekuritian hutang kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil kerajaan persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil kerajaan persekutuan," kata Kementerian Kewangan, sambil menegaskan pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan juga menegaskan komitmen kerajaan untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015.

"Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal kerajaan," katanya lagi.

3 ulasan:

  1. selagi didiamkan, semakin galak dia bercakap. entah entah ada betulnya tak? kalau tak betul kenapa pulak didiamkan dan dibiarkan dia meroyan. bila tak der tindakan, maka pencacai pencacainya akan mengatakan betul. bukan ker diam itu tandanya setuju?

    BalasPadam
  2. Saman je biar sampai tinggal suar dalam je. Cakap ikut sedap mulut je, mulut mengalahkan sial.

    BalasPadam
  3. Tu la pasal..apsal tak saman je kan? Bodoh piang macai2 umno ni..sendiri pn boleh fkr apsal tak saman je budak tu kan? Berani kerana benar..bkn mcm macai takot takdak teloq, kalah saman byk,tu yg tak berani nk saman...haprakk. Pi suh ketua macai saman sana..haruuu. Lembu lg pandai dr SH ni...peliaq chakka betoi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping