Sabtu, Disember 07, 2013


Kehadiran 21 pemain bola sepak Pahang ke pusat pemindahan sementara Wisma Belia di sini menceriakan lebih 1,400 mangsa banjir di situ.
    
Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang turut hadir bersama skuad Tok Gajah ternyata berjaya membuatkan mangsa-mangsa di situ melupakan seketika kesedihan yang dialami mereka akibat bencana itu.
    
Mangsa terutamanya kanak-kanak begitu ceria menyambut kehadiran skuad yang diketuai oleh kapten Jalaluddin Jaafar dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan beramah mesra dengan pemain-pemain.
    
Jalaluddin, 39, berkata kehadiran beliau bersama rakan sepasukan di pusat pemindahan itu bertujuan memberikan semangat kepada mangsa yang ditempatkan di situ.
    
"Kami gembira tengok mereka ceria sangat dengan kedatangan kita hari ini, sekaligus melupakan seketika kesedihan yang dialami mereka, bukan selalu kita boleh buat begini," katanya ketika ditemui pemberita di pusat pemindahan itu di sini, hari ini.

Penyerang pasukan, Azamuddin Mat Akil, 29, berkata kini tiba masanya beliau dan rakan-rakan memberi semangat kepada peminat Pahang terutamanya mangsa banjir selepas menerima semangat yang sama daripada rakyat Pahang sehingga berjaya menjulang Piala Malaysia tahun ini.
   
"Kami sedih tengok keadaan mangsa yang mengalami kerosakan harta benda akibat banjir, tapi kami gembira dapat memberikan semangat yang sama mereka berikan untuk kami sepasukan setiap masa," katanya.
    
Dalam pada itu, Tengku Abdul Rahman berkata beliau kagum dengan semangat dan kesabaran yang ditunjukkan oleh mangsa banjir di semua pusat pemindahan yang sempat beliau lawati.
    
"Walaupun ada yang rumah dinaiki air, peralatan dalam rumah rosak dan sebagainya tetapi saya tengok mereka sangat bersabar dan redha dengan keadaan yang dihadapi mereka," katanya.
    
Menurut beliau program skuad Tok Gajah bersama mangsa banjir seperti hari ini akan diteruskan ke pusat-pusat pemindahan lain memandangkan pasukan itu tidak dapat turun berlatih kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping