Ahad, Disember 22, 2013


Walaweh!!! Memang tepat betul sangat lakeputusan UMNO untuk membuang keahlian Si Zaid Al-Araki ni dulu. Makin hari makin tak betul pulak kepala otak dia.

Ada ke dia nak desak pihak Kerajaan supaya membenarkan orang Melayu mendapat lesen untuk bukak kasino? Dah hilang akal ke apa Si Zaid ni? Ke otak dia dah masuk air?

Tapi yang herannya, tak de pulak pemimpin atau Pencacai dari kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu yang nak memaki hamun Si Zaid Al-Araki ni ye?

Kenapa diorang hanya mendiamkan diri bila Si Zaid tu tampil dengan cadangan sedemikian? Tak nak pulak diorang hentam Si Zaid tu dengan cacian dan maki hamun.

Kalau dengan orang lain, bukan main lagi lagaknya diorang ni. Sampai hilang tatasusila kesopanan dan kesusilaan. Nak pulak kalau orang PAS. Maki orang macam diorang tu Islam sangat. Tapi bila kena dengan Zaid, senyap terus? Dah hilang telur ke!!!
APA kena dengan Datuk Zaid Ibrahim ni? Di lama blognya, Zaid memberi cadangan supaya lesen mengendalikan kasino turut diberikan kepada peniaga Melayu yang berminat menguruskan industri yang bernilai berbilion ringgit itu.

Beliau membuat cadangan itu dalam entri terbaru di blog beliau bertarikh 20 Disember lepas bertajuk ‘Berikan Lesen Kasino Kepada Melayu’ dengan tujuan supaya kekayaan besar dari industri perjudian dapat diagihkan sama rata.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata untuk menjadikan perniagaan lebih sukar dalam perniagaan kasino untuk orang Melayu, ialah menghadkannya dengan meletakkan isu pada kehalalan perniagaan seperti itu.

“Bertahun lamanya, saya memperkenalkan polisi perjudian yang lebih adil dengan mengatakan orang Melayu juga patut diberikan peluang menyertai industri besar ini. Saya bantah monopoli dalam indsurti perjudian, kerana di Malaysia industri ini sangat unik,” kata Zaid dalam entrinya.

“Kenapa kerajaan menafikan peluang menguruskan indusrti perjudian seperti ini jika mereka bersedia untuk menanggung dosa di atas bahu mereka sendiri?

“Peniaga Melayu ini sudah pasti boleh menderma dengan banyak dan membantu ekonomi masyarakat Islam,” katanya.

Satu kenyataan melampau Zaid ialah, untuk menyokong idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam liberalisasi ekonomi, peniaga Melayu juga perlu diberikan kebebasan daripada hanya menguruskan perniagaan yang halal sahaja, yang tidak semestinya dipersetujui oleh Tuhan.

Zaid menggesa Perdana Menteri memulakan langkah pertama membenarkan Melayu mengambil bahagian dalam perniagaan menguntungkan itu, iaitu perjudian dengan membuka kasino kedua Malaysia di dalam kawasan Iskandar Johor, yang berjiran dengan Singapura.
Categories:

2 ulasan:

  1. Zaid ni memang kaki judi ,dia ada bela kuda lumba.....mungkin dia nak jad tokey judi kot?

    BalasPadam
  2. apa la kenyataan seperti orang yg memahami agama.bagi lesen judi pada melayu lepas tu minta derma hasil keuntungan haram tu.memang perbuatan dosa itu ditanggung oleh mereka yg buat salah tetapi hasil yg diperolehi dari kerja itu untuk anak bini akan merosakkan mereka.akibatnya terjadilah peristiwa anak dirogol bapa,anak mengandung anak luar nikah,isteri ajak lelaki lain masuk rumah tanpa disedari suami dan pelbagai lagi maksiat.ini bukan dinamakan membangunkan negara tetapi menghancurkan negara dalam keredhaan sendiri umpama doa nabi Adam a.s dan nabi Yunus. a.s yg mana mereka telah menzalimi diri sendiri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping