Ahad, Januari 19, 2014


Pemilihan PKR yang dijangka berlangsung pada April depan pasti menyaksikan pertandingan hangat di peringkat bahagian Kuala Selangor, lapor The Star. 

Kuala Selangor kini diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Ketua Bahagiannya, dan Khalid bakal berhadapan dengan individu yang paling tidak disukainya iaitu bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. 

Umum mengetahui bahawa Khalid dan Manikavasagam atau lebih dikenali sebagai Mike tidak sebulu sejak pendedahan isu kontroversi kecurian pasir, beberapa tahun lalu. 

Mike mengesahkan bahawa beliau akan mencabar Khalid jika Adun Pelabuhan Klang itu memilih untuk mengekalkan jawatan sebagai ketua bahagian tersebut.

"Saya tidak rugi apa-apa. Dan saya akan bersungguh-sungguh menentangnya (Khalid),"kata calon PKR yang tidak berjaya memenangi kerusi Bukit Malawati dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. 

Mike mendakwa beliau mendapat sokongan penuh daripada pesaing-pesaing Khalid di Kuala Selangor termasuk Ketua Penerangan Pemuda, Mazli Saring dan Muhammad Kamil Vaanan Abdullah.

Mazli dan Kamil telah kalah kepada Khalid dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Bahagian pada tahun 2010.

Tambah Mike, Khalid sepatutnya berasa malu apabila sesetengah isi rumah di kampung kawasannya, contohnya Kampung Pasir Tuntung masih tidak mempunyai bekalan air.

"Dan setakat ini, saya telah membantu menyambung bekalan air ke lapan buah rumah di Kampung Pasir Tuntung,"katanya. 

Kata penyandang Naib Pengerusi PKR Kapar itu lagi, kampung tersebut terletak di kawasan Bukit Malawati, tempat di mana beliau berkhidmat sebagai penyelaras.

Mike juga menambah bahawa dia telah merekrut 3,000 orang ahli untuk menyertai PKR bahagian Kuala Selangor, menjadikan jumlah kesemuanya kepada 9,000 ahli. 

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak memindahkan 3,000 ahli dari bahagian Kapar. Orang-orang yang saya ambil semua dari kawasan Kuala Selangor,"katanya.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. SEPATUTNYA LAMBANG BENDERA PKR DI TUKAR SAJA DENGAN GAMBAR KERUSI SEBAB AHLI-AHLI PKR MEMANG SUKAKAN KERUSI..DALAM MESYUARATNYA SEMUA KERUSI NAIK KEATAS KEPALA.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping