Ahad, Januari 19, 2014


Faekah Husin diminta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan politik untuk sebarang isu memandangkan beliau kini bukan lagi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata Faekah kini hanya penjawat awam dan tidak berhak mencampuri urusan parti.

Justeru, Khalid perlu mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai kanannya yang dilihat 'lebih kuah dari sudu' dan menidakkan hak wakil rakyat untuk bersuara, kata Xavier.

"Saya memang kecewa. Faekah seorang penjawat awam, dia kena buat kerja dia sebagai penjawat awam. Dia tak boleh kritik seseorang yang dipilih sebagai YB, ahli Parlimen atau ADUN. Ini adalah masalah besar. Adakah ini kelulusan dari MB kepada pegawai-pegawai penjawat awam untuk menentang wakil rakyat secara terbuka? 

"Beliau (Khalid) kena nasihatkan pegawainya. Jika ini berterusan, ia jadi bebas kepada sesiapa sahaja, seolah-olah tidak ada kuasa pada wakil rakyat untuk bertanya, beri cadangan atau kajian di dalam mana-mana isu negeri," katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos, hari ini.

Faekah sebelum ini dikritik secara terbuka oleh beberapa pimpinan PKR kerana menaikkan status politik di laman mikro Twitternya. Beliau menyifatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai 'hero ala badut'.

Faekah sebelum itu membidas Xavier bersabit tindakan bekas Exco Selangor itu meminta Khalid membuat penjelasan berhubung keputusan 'U-Turn' kerajaan negeri bersabit isu penstrukturan industri air di Selangor. 

Bekas peguam itu dilaporkan menuduh Xavier sebagai melulu dan menasihati Xavier untuk memahami pendirian kerajaan negeri sebelum membuat kenyataan.

"Dia bukan dipilih oleh sesiapa. Dia dilantik oleh MB. Jadi dia kena jaga mulut dia, jangan jadi sangat... Iyalah, saya tahu banyak di laman sosial seperti Facebook dan Twitter bercakap tentang isu ini. Saya dengar ada kumpulan akan hantar memo kepada MB atas isu Faekah. 

"Saya harap dan minta sangat kepada MB untuk baca memo yang akan dihantar. Ini adalah untuk masa depan rakyat negeri ini," katanya lagi.

Sebelum ini juga Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin pernah mendakwa Faekah sebagai celupar dan tidak mengenang jasa parti berikutan mempersoalkan kewibawaan Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping