Jumaat, Januari 17, 2014


Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan menimbangkan permintaan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengekalkan Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Namun ujarnya keputusan untuk menggugurkan Azmin yang dibuat oleh Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MKKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MKKN pada 4 Disember 2013 tetap kekal kerana terikat dengan undang-undang PKNS.

"Dengan mengambil kira kedudukan dan status beliau (Anwar), Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) merasakan perlu mempertimbangkan permintaan beliau sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

"Sebelum keputusan muktamad dibuat oleh EXCO, kedudukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh Pengurus Besar PKNS untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan," kata Khalid melalui kenyataan medianya, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Khalid mahu memanggil Pengurus Besar PKNS Datuk Othman Omar dan Setiausaha Kerja Norita Mohd Sidek bagi menyelesaikan salah faham ini.

"Perlu ditegaskan Menteri Besar dan barisan EXCO terikat kepada Enakmen PKNS dan mempunyai tanggungjawab untuk memperbetulkan sebarang kecacatan atau kesilapan yang berkaitan dengan perkara ini.

"Justeru, Pengurus Besar (Datuk Othman Omar) dan Setiausaha Syarikat PKNS akan dipanggil untuk menerangkan mengapa keadaan sedemikian berlaku hingga melarat menjadi konflik," menurut kenyataan itu lagi.

Khalid berkata demikian sebagai mengulas intipati sidang media Anwar bersama Azmin di ibu pejabat PKR pagi tadi.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping