Tidak perlu ada "Rosmah kedua" dalam PKR, tegas bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam ketika mengulas tindak tanduk bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin yang dilaporkan seringkali mencampuri urusan pentadbiran negeri.
Faekah juga dikatakan melampaui kuasa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam beberapa isu sehingga membelakangkan kepentingan parti.
Untuk rekod, pimpinan Pakatan Rakyat sering mengkritik isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai 'mengawal' Datuk Seri Najib Razak dalam isu-isu pentadbiran negara.
"Ada masalah Faekah. Saya rasa Faekah tak payah campur tanganlah. Dia sudah jadi Pengarah MBI. Dalam parti kita sudah ada Rosmah nombor dua.
"Semua cadangan atau arahan datang dari Rosmah nombor dua. Jika dalam BN ada Rosmah, dalam PKR pun ada Rosmah (Faekah), sama... beri arahan itu ini," jelasnya ketika ditemubual secara eksklusif bersama Antarapos.
Faekah kini diangkat Khalid mengetuai anak syarikat kerajaan negeri, Menteri Besar Incorperated (MBI).
Walaupun tidak lagi menjadi setiausaha politik Khalid, Faekah dilihat masih lantang menegur wakil rakyat PKR yang menegur kepimpinan majikannya itu.
Terbaru Faekah menyifatkan ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar tidak memahami rasional keputusan kerajaan negeri bersabit penyerahan pengambilalihan industri air di Selangor.
Faekah juga melabelkan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali sebagai 'hero ala badut' berhubung penggugurannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
PS: Hek eleh!!! Ada hati Si Faekah ni nak disamakan dengan Datin Seri Rosmah. Si Faekah ni bukannya isteri Si Khalid Gagap tu. Apa pulak yang diorang nak mengarut ni?
Inilah balasannya bila suka sangat mengata orang lain. Penyudahnya diorang pakat kutuk sesama sendiri je. Bukannya nak menguntungkan rakyat sangat pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.