Nak menang jawatan Naib Presiden pun Mahfuz Bean terkial - kial, inikan pulak nak tawan Negeri Kedah? Mimpi aje la Mahfuz oi!!! Dok diam - diam buat kuih raya sudah la!!!
PAS Kedah berikrar tidak akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN) untuk kekal di negeri tersebut sebaliknya cabaran sengit bakal dihadapi parti pemerintah pada pilihan raya umum akan datang.
Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mahfuz Omar dalam temubual bersama Antarapos menegaskan parti itu bersama komponen Pakatan Rakyat akan memberi persaingan sengit bagi memastikan Kedah ditawan semula.
Jelas Ahli Parlimen Pokok Sena ini, barisan kepimpinan baru PAS Kedah bakal memberi cabaran sengit kepada Umno-BN yang diterajui Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir.
"Saya telah melengkapkan kepimpinan parti peringkat negeri Kedah dengan persetujuan rakan-rakan dalam PAS Kedah dalam mesyuarat jawatankuasa yang telah diadakan.
"Saya kira bahawa dari sudut kedudukan kepimpinan utama yang ada di Kedah ini mampu memberikan cabaran yang sengit kepada kepimpinan Umno yang diterajui oleh Datuk Mukhriz," kata Mahfuz yang ditemui di Pejabat Agung PAS baru-baru ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) BN kembali berkuasa di Kedah dengan memperoleh 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas gagal mempertahankan negeri itu pada 2008.
Penguasaan 21 kerusi DUN Kedah oleh Pakatan Rakyat pada 2008 gagal dipertahankan, menyaksikan Mukhriz yang memenangi kerusi DUN Ayer Hitam dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Allahyarham Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada PAS.
Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menyifatkan barisan kepimpinan parti di Kedah sebagai yang terbaik untuk memberi saingan sengit kepada Umno-BN.
"Saya percaya bahawa tidak perlulah untuk menyatakan inilah yang terbaik kepada PAS Kedah. Tapi saya penuh yakin mereka mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk memberikan cabaran terhebat kepada Umno dan kepimpinannya," katanya.
Untuk rekod, barisan kepimpinan PAS Kedah menyaksikan rombakan dengan menggandingkan muka baru dan lama dari pelbagai profesion dan latar belakang selaras dengan perkembangan politik semasa.
Mahfuz akan dibantu tiga Timbalan Pesuruhjaya terdiri daripada Ketua Pembangkang DUN Kedah Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Datuk Dr Ismail Salleh dan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi yang juga muka baru.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.