Isnin, Januari 13, 2014


Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin menyelar ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar kerana membantah keputusan kerajaan negeri membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan projek Langat 2 dan mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu.

Xavier yang juga bekas ahli Exco kerajaan negeri semalam berkata keputusan kerajaan negeri itu akan menyebabkan kadar tarif air naik secara mendadak, sekaligus membelakangkan janji Pakatan Rakyat kepada penduduk Selangor.

Faekah menuduh Xavier sebagai membuat tuduhan melulu dan menasihati ADUN itu untuk memahami pendirian kerajaan negeri sebelum membuat sebarang kenyataan.

"Suruh dia baca semula kita punya kenyataan akhbar oleh menteri besar dan selepas itu baru dia boleh faham dan kemudian baru boleh buat kenyataan panjang lebar," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.

Xavier menuduh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat pusingan 'U-Turn' apabila memberi kelulusan kepada Putrajaya bagi pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Khalid sebelum ini menyifakan projek Langat 2 bernilai lebih lapan bilion itu sebagai membazir dan membekukan beberapa kelulusan yang diperlukan oleh Putrajaya, menyebabkan projek itu terbantut sejak 2009.

Bagaimanapun awal minggu ini, kerajaan negeri bersetuju memberi kelulusan itu di samping bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor melalui akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA).

Bagaimanapun kerjasama itu diberikan dengan syarat kerajaan persekutuan bersetuju untuk melantik dua pentadbir yang dicadangkan kerajaan Selangor, termasuk Faekah, bagi mentadbir syarikat konsesi berkenaan.

Xavier mendakwa pengambilalihan empat syarikat konsesi itu - SYABAS, Puncak Niaga, SPLASH dan ABAS – bermaksud Putrajaya mempunyai kuasa langsung ke atas pengurusan air di negeri ini.

Faekah enggan diheret dalam perbahasan dengan Xavier namun menegaskan ADUN dua penggal itu tidak memahami isu yang dibawanya.

"Jangan dia (Xavier) membuat kenyataan panjang lebar kalau dia sendiri tidak faham, nanti dia sebagai ADUN atau bekas Exco lagi memburukkan keadaan dan jadikan orang tidak faham. 

"Apa pun agenda dia ada, saya tidak peduli, tetapi dia sepatutnya tidak membawa kesan kepada orang ramai. Kalau Noh Omar tersalah faham tidak mengapa, saya faham sebab dia tiada dalam kerajaan negeri... kecuali Xavier sebab dia berada dalam kerajaan negeri.

"Sepatutnya dia (Xavier) tahu apa itu Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA 2006)? Apa itu Seksyen 114? Apa itu Seksyen 115? jangan dia hentam kromo saja menjadikan rakyat di bawah tidak faham," katanya.

Justeru beliau meminta Xavier berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat Selangor bersabit keputusan terbaru kerajaan negeri itu.

PS: Pemimpin PKR dah tak boleh nak keluarkan kenyataan sendiri dah lepas ni. Semuanya kena kunci mulut belaka. Kalau tidak, nanti Singa Betina ni mengamuk tak tentu arah pulak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping