Isnin, Januari 13, 2014


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng digesa menyatakan pendiriannya bersabit penguatkuasaan enakmen syariah negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam. 

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmat Ishak berkata Lim harus berbuat demikian dan mengakui kalimah Allah adalah hanya eksklusif untuk umat Islam sahaja.

"Saya cabar Lim Guan Eng menyatakan pendirian kerajaan negeri Pulau Pinang tentang isu kalimah Allah, kerana ini hanyalah untuk kegunaan umat Islam, untuk kegunaan umat Islam sahaja.

"Apa salahnya kalau sebagai Ketua Menteri yang mewakili semua kaum yang mengatakan DAP merangkumi parti yang berbilang bangsa mengatakan kalimah Allah ini eksklusif untuk umat Islam," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi. 

Pulau Pinang kelmarin menguatkuasakan Enakmen Syariah Negeri di bawah sub seksyen 48(3) dan (4) yang secara jelas menggariskan bahawa terdapat 40 perkataan yang tidak boleh digunakan dalam bentuk tulisan oleh orang bukan Islam.

Antara perkataan yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam ialah 'Allah, 'solat', 'surau' dan 'masjid'. 

Lain-lain perkataan ialah 'Firman Allah, Ulama, Hadis, Ibadah, Kaabah, Qadhi, Illahi, Wahyu, Mubaligh, Syariah, Qiblat, Haji Mufti, Rasul, Iman, Dakwah, Wali, Fatwa, Imam, Nabi, Sheikh, Khutbah, Tabligh, Akhirat, Azan, Al-Quran, Sunnah, Auliya, Karamah, Syahadah Baitullah, Tauhid, Zakat Fitrah, Hajjah, Taqwa dan Soleh'.

Di bawah enakmen itu, bukan Islam juga dilarang untuk menulis atau menyiarkan apa-apa perkataan dalam apa-apa bentuk versi atau terjemahan dalam apa-apa bahasa.

Malah larangan tersebut turut diperluaskan untuk tidak digunakan dalam apa-apa bahan publisiti dalam apa bentuk, termasuk cetak, elektronik dan mana-mana bentuk, yang boleh menghina kesucian agama Islam. Undang-undang yang berkuat kuasa pada 29 April 2010.

Jika didapati melanggar perintah itu pesalah akan didakwa di bawah Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996.

Seksyen itu turut melaporkan, mana-mana individu sama ada dia Islam atau tidak, yang memajukan doktrin atau kepercayaan agama selain daripada doktrin agama Islam atau kepercayaan di kalangan umat Islam adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dibicarakan di mahkamah sivil dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Tambah Rahmat, kerajaan negeri harus menguatkuasa dan menjalankan enakmen yang telah digubal.

"Dia (Ketua Menteri) tidak boleh lari daripada Enakmen Negeri. Isu kalimah ini adalah isu yang kita tidak boleh kompromi, kalau Guan Eng sendiri saya yakin dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan," jelas beliau.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping