Isnin, Januari 13, 2014


Sebelum ini SH pernah siarkan satu artikel mengenai siapa pilihan Nik Aziz bagi menggantikan kedudukan dia sebagai Menteri Besar Kelantan selepas Pilihan Raya Umum yang lalu. (KLIK SINI)

Dalam artikel tersebut menjelaskan bahawa memang sah Si Husam tu bukan pilihan utama Nik Aziz. Sebaliknya, Nik Aziz lebih cenderung untuk memilih Ahmad Yaakob sebagai penggantinya.

Dan dalam wawancara yang dibuat bersama Haprak Daily mengesahkan perkara tersebut apabila Nik Aziz sendiri menyatakan bahawa dia terlebih dahulu memanggil Ahmad Yaakob.

Ianya tidaklah seperti apa yang digambarkan oleh Husam sebelum ini dimana dia memperlihatkan dirinya seolah - olah pengganti yang paling layak untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.

Malah, jika kita lihat pendirian dan pendekatan Husam sebelum temubual tersebut, jelas kita dapat lihat konfrantasi yang dibuat oleh Husam terhadap Rejim PAS Kelantan pimpinan Ahmad Yaakob sendiri.

Husam secara lantang mengkritik dan mempertikaikan pentadbiran Ahmad Yaakob didalam sidang Dewan Undangan Negeri biarpun Nik Aziz turut hadir dalam sidang tersebut.

Tapi, selepas wawancara tu dibuat bersama dengan Nik Aziz dimana dia jelas menyatakan bahawa Ahmad Yaakob merupakan pilihan utama dia, maka sebab itu Husam mula berubah pendirian.

Semalam, mahu atau tidak, Si Husam tu terpaksa buat pusingan U berhubung isu tersebut. Dia pulak yang keluarkan kenyataan bahawa ianya tidak adil untuk menilai Ahmad Yaakob.

Kata Husam, rakyat perlu memberi masa dan waktu untuk Ahmad Yaakob membuat latihan dalam mengemudikan pentadbiran di Negeri Kelantan.
"Dia baru lagi, Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sudah 23 tahun jadi menteri besar, seperti 'pilot' juga dia kena ada masa 'training' jadi masa dia berlatih untuk bawa untuk bawa kapal terbang itu.

"...kalau kita nilai sekarang tak kena, kapal terbang itu dok berjalan lagi jadi biarlah pilot baru ini tunjukkan kemampuannya sebelum ini," katanya pada sidang media.
Habis yang dia buat sebelum ini dengan mengkritik serta mempertikaikan pentadbiran Rejim PAS Kelantan tu sebab apa? Bukan ke tindakan dia tu sendiri pun tak adil terhadap Ahmad Yaakob?

Kenapa pulak dia hanya meminta rakyat untuk memberikan peluang kepada Ahmad Yaakob sedangkan dia sendiri pun tak bagi ruang lansung untuk Menteri Besar Kelantan tu buat kerja?

Baru dua kali sidang DUN diadakan, terus Si Husam tu serang Ahmad Yaakob dengan pelbagai kritikan dan pertikaian serta dibeza - bezakan dengan Nik Aziz secara terang - terangan.

Itu pun Husam masih tak nak mengaku lagi? Nampak sangat la manusia macam Si Husam ni jenis yang tak sedar diri sendiri. Sebaliknya, rakyat jugak yang dia jadikan kambing hitam dan dipersalahkan. Memang patut sangat nama dia tak naik jadi Exco!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Alasan sama juga boleh digunakan bila PAS dan Mahpus Bean Omar kutuk Mukhriz di Kedah. Tang batang hidung sendiri tau pulak nak kona. Itulah PAS menipu memanjang.

    BalasPadam
  2. Masing-masing nak political mileage. Nak jaga poket sendiri. Biasa la

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping