Ahad, Januari 26, 2014


Cuba kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS mengenai pemergian Allahyarham Datuk Haron Taib baru - baru ni. Dari satu sudut nampak macam dia perli orang lain.

Kata Hadi Awang, Allahyarham merupakan diantara pemimpin PAS yang tak jemu - jemu dalam perjuangan PAS selama hari ini biarpun dalam keadaan uzur sekali pun.

Klik Imej
Perkara tersebut memang diakui kerana sehingga ke akhir hayatnya, Allahyarham tidak pernah berhenti - henti mempertahankan kesucian kalimah Allah dari dipergunakan oleh orang bukan Islam.

Maka, kemungkinan kenyataan tersebut ditujukan khusus buat dua orang pemimpin Liberal dalam PAS yang membuat pendirian sebaliknya mengenai isu tersebut secara terang - terangan.

Pemimpin yang dimaksudkan ialah Mujahid Rawa dan Khalid Samad. Kemungkinan besar diorang ni dah jemu dengan perjuangan PAS yang tetap mahu memelihara kesucian Islam di Malaysia ni.

Perkara itu jelas apabila Majlis Syura PAS telah membuat ketetapan bahawa penggunaan kalimah Allah ini adalah hak mutlak kepada umat Islam. Orang lain tak boleh pakai.

Malah, pendirian Mursyidul Am PAS sendiri pun dah berubah bila dia sendiri menyatakan perkara tersebut semalam. Pun masih lagi Si Mujahid dan Si Khalid ni nak pertikaikannya?

Pun masih jugak diorang nak menentang ketetapan dan pendirian yang telah dibuat oleh parti mereka sendiri? Kan nampak sangat yang diorang dah jemu dengan perjuangan PAS tu.

Hakikatnya, tindakan yang dilakukan oleh dua orang pemimpin PAS itu sendiri telah menimbulkan kecelaruan dalam PAS dan wajar ditangani dengan segera.

Apa yang diorang buat jelas membelakangkan kepentingan parti serta seluruh umat Islam di Malaysia ni. Apa yang mereka utamakan hanya kepentingan Politik mereka semata - mata.

Maka, adalah perlu bagi PAS supaya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap dua orang pemimpin ni kerana mereka jelas sudah jemu dengan perjuangan parti tersebut. Kalau setakat berani ambik tindakan terhadap orang lain je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping