Ahad, Januari 26, 2014


Kemungkinan besar inilah akibatnya bila diorang kutip duit dari orang miskin dan kemudian disalah-gunakan oleh pihak - pihak tertentu. Sekarang tak pasal - pasal je dah kena saman.

Sudah semestinya ada benda yang tak kena sampai syarikat tersebut mengambil tindakan terhadap dua agensi yang ada kaitan dengan Rejim PAS Kelantan ni. Kalau tidak, kenapa diorang saman.

Kena saman pulak tak agak - agak. Sampai RM 230juta. Banyak gila tu. Dah tentu - tentu wujud penyelewengan atau penipuan yang berlaku sampai syarikat tu saman diorang ye tak.

Kalau sebelum ni, Si Husam tu dengan bangga mendabik dada kata dia la yang mengusahakan projek Lebuh Raya Rakyat ni. Dia yang beria - ia nak teruskan projek tu.

Maka tak salah jika kita katakan bahawa dia jugak yang buat perjanjian dengan syarikat yang ambik tindakan terhadap dua agensi Rejim PAS Kelantan ni ye tak. Kalau bukan dia, siapa lagi?

Takkan pulak Si Husam tu nak lepas tangan dan membiarkan pihak Rejim PAS Kelantan yang tanggung semua ni. Takkan pulak dia nak Menteri Besar Kelantan tu je yang kena pikul beban yang dia dah buat. 

Kalau dia boleh lepas tangan, apa guna dia mendabik dada sebelum ni dengan mengatakan bahawa dia yang memperjuangkan projek tersebut. Sekarang, jangan pulak dia bagi alasan yang bukan - bukan semata - mata nak lepaskan diri. Setakat berani buat tak berani tanggung baik tak payah!!!
KOTA BHARU 26 Jan. - Sebuah syarikat pembinaan menfailkan saman sebanyak RM230 juta terhadap dua agensi kerajaan negeri berhubung projek pembinaan lebuh raya rakyat dari Kota Bharu - Kuala Krai di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Dae Hanguru Infra Sdn. Bhd. selaku plaintif menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. sebagai defenden pertama dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan defenden kedua.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. nak buat projek berfrofil tinggi bukan senang, setakat cakap ja sape pun boleh...ha sekarang baru tahu langit tinggi ke rendah...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping