Wah!!! Bangga la puak - puak PKR tu lepas ni. Sejak isu pengguguran Azmin didedahkan, ia menjadi perbualan hangat banyak pihak termasuk kalangan pimpinan PKR sendiri.
Sebelum pengguguran Azmin dihidu media, beliau dilihat menaikkan beberapa status berupa 'selamat tinggal' kepada pekerja PKNS. Azmin bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya pemberita.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika ditanya alasan di atas pengguguran itu berkata ia adalah keputusan Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar.
Pegawai Media kepada Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz kemudiannya menaikkan status menyokong kenyataan ADUN Perlabuhan Klang itu.
Azmin kemudiannya membalas Twitter itu dengan menyifatkan alasan Khalid sebagai 'alasan kangkung'.
Ketua Eksekutif Menteri Besar Incorperated (MBI), Faekah Husin dilihat menyindir Azmin dengan melabel ADUN Bukit Antarabangsa itu sebagai 'hero ala badut'. (KLIK SINI)
Status Faekah itu kemudiannya dibidas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Rafizi meminta agar Faekah menghentikan perbuatan menaikkan status persis 'racun' itu.
Sementara itu, Bekas Pembantu Khas kepada Ketua Umum PKR, Eekmal Ahmad pula mempersoalkan adakah Khalid berbohong bersabit pengguguran itu ?
Ia ekoran pendedahan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek bahawa perbadanan itu hanya menurut arahan daripada kerajaan negeri.
Norita memberitahu perkhidmatan Azmin ditamatkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MKKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MKKN pada 4 Disember 2013.
PS: Kesimpulannya, isu pasal Azmin ni lebih hebat dari isu pasal Kangkung. Dalam erti kata lainnya, cerita pasal Azmin tu lebih Kangkung dari Kangkung!!! Hahaha!!! Jangan marah. Nanti selesai luar mahkamah ye.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.