Dengar sini. Semua orang jangan main dah cerita pasal Giat MARA ni. Biar pun ianya demi kepentingan orang Melayu, semua orang dah tak boleh nak cerita dah pasal isu tu.
Ini satu amaran. Siapa yang main cerita pasal Giat MARA demi kepentingan orang Melayu sekali pun, maka tindakan akan diambil. Kalau nak main pun, main isu Kangkung je. Jangan sebut Giat MARA.
Biar pun isu pasal kangkung tu kini dijadikan sebagai tu satu tindakan menghina Perdana Menteri, tak pe. Isu tu boleh main dan diperkatakan didalam laman media sosial. Tak de masalah.
Pakatan tak marah kalau main cerita pasal kangkung. Tapi kalau cerita pasal Giat MARA, Pakatan akan meroyan tak ingat dunia. Sampai siap bagi amaran nak saman orang lagi.
Jadi, SH nak pesan pada semua orang. Jangan main dah cerita pasal Giat MARA ni biarpun isu tu adalah untuk kepentingan orang Melayu muda dimasa akan datang. Kalau nak main cerita pasal Kangkung tak pe. Hina la pemimpin Kerajaan sebanyak mana yang korang suka!!!
Blogger dan pengendali laman sosial Facebook pro Umno diminta menarik balik kenyataan fitnah berhubung isu penutupan Pusat Latihan Kemahiran GiatMara Selayang atau terpaksa berdepan tindakan saman.Ahli Parlimen Selayang William Leong berkata, kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua pihak yang mengaitkan dirinya dengan penutupan pusat latihan berkenaan adalah tidak benar sama sekali serta bersifat jahat.Jelasnya, sebagai ahli parlimen beliau tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan Pusat Latihan Kemahiran GiatMara yang didirikan di atas tanah milik kerajaan negeri.“Saya tidak mengetahui mengenai isu ini sehingga ia dikeluarkan di media massa, lalu saya menghubungi exco negeri untuk penjelasan.“Apa yang berlaku ialah keadaan pusat latihan ini didapati tidak memuaskan oleh penilaian ‘Task Force’ yang ditubuhkan kerajaan negeri dan kerana itu notis dikeluarkan,” kata William dalam satu sidang media di pejabatnya di sini, lapor Selangorkini, media kerajaan negeri Selangor.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.