Memang tak boleh nak dinafikan sebab itulah kebenarannya. Kemaluan Pak Mus tu akhirnya diselamatkan oleh UMNO biarpun selama hari ini Pak Mus cukup benci dengan UMNO.
Mungkin disebabkan UMNO ni baik hati tak tentu arah, maka sebab itulah kemaluan Pak Mus dapat diselamatkan. Kalau tidak, memang 'Selamat' la Pak Mus dibuatnya.
Dari laporan yang diterima, UMNO telah mengambil keputusan untuk menyelesaikan kes berkaitan dengan fitnah Pak Mus sebelum ini diluar mahkamah.
KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Umno terhadap Datuk Mustafa Ali, peguamnya dan akhbar lidah rasmi PAS, HarakahDaily kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS terbabit hari ini akan diselesaikan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun berkata perkembangan ke arah penyelesaian itu akan dimaklumkan kepada Hakim, Datuk John Louis O'hara pada 15 Januari ini.
Biar pun SH rasa kurang senang dengan tindakan UMNO menyelesaikan beberapa kes yang berkaitan dengan pemimpin Pakatan ni diluar mahkamah, tapi itu keputusan mereka.
Hakikatnya, kalau nak ambik tindakan tu biar la masuk akal sikit. Biar ikut apa yang rakyat mahukan. Jangan buat tindakan yang akhirnya akan menyusahkan orang bawahan.
Mungkin pemimpin atasan dalam UMNO tu tak sedar yang orang dibawah ni mati - matian bertempur melalui media baru untuk mempertahankan Kerajaan dan parti.
Kalau nak cerita pasal isu Lahad Datu sebagai contoh, semua orang UMNO tetap mempertahankan UMNO dan mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Tian Chuak.
Sampai ada yang sanggup bergaduh adik beradik demi nak menegakkan Kebenaran. Dan tindakan UMNO memfailkan saman terhadap Si Tian Chuak tu disambut baik.
Tapi bila kes tersebut diselesaikan diluar mahkamah, kurang semangat orang dibawah ni nak mempertahankan parti. Mereka anggap usaha mereka selama hari ini dalam menepis fitnah hanya sia - sia belaka.
Mungkin ada betul jugak apa yang diujarkan oleh Khairy Jamaluddin semalam. Pemimpin UMNO ni memang syok sendiri je dalam media sosial ni. Yang orang bawahan je mati - matian mempertahankan pemimpin dari sebarang fitnah. Pemimpin peduli pun tidak!!!
BUAT MANGABIHKAN BOREH JER. TUUIII..
BalasPadam