Rabu, Januari 22, 2014


SHAH ALAM: Pejabat Menteri Besar Selangor menyarankan kepada Exco kerajaan negeri untuk menggugurkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai ahli Pengarah PKNS kerana bertindak mengembalikan kereta rasmi badan itu selepas Parlimen dibubarkan Mei lalu untuk PRU ke-13.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengedarkan dokumen-dokumen termasuk keputusan Exco negeri bersabit kemelut pengguguran Azmin daripada PKNS awal bulan ini.

Menurut kertas cadangan daripada Khalid kepada Exco negeri, Azmin “telah mengembalikan kemudahan-kemudahan yang diterima maka sesuai dikaji semula kedudukan beliau,” sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS.

Exco kerajaan negeri yang bersidang pada 13 November tahun lalu bagaimanapun “senyap” mengenai syor Khalid itu, menurut minit mesyuarat yang diedarkan kepada media.

Mesyuarat itu hanya mengesahkan perlantikan Tan Chang Khim dari DAP dan Iskandar Samad sebagai ahli Pengarah PKNS. 

“Walau bagaimanapun seorang lagi calon ahli perbadanan PKNS akan ditentukan kemudian,” menurut minit mesyuarat Exco itu. Exco kerajaan negeri kemudian membuat perakuan sama pada 4 Disember yang dimaklumkan kepada PKNS.

Kertas cadangan Khalid untuk menggugurkan Azmin bertarikh 2 November 2013 dan ditandatangani oleh Mohamad Yazid Bidin, ketua setiausaha sulit kepada Khalid. Khalid turut memperakukan kertas cadangan itu.

Adalah tidak jelas sama ada minit mesyuarat yang disebarkan oleh Pejabat Menteri Besar hari ini adalah yang diguna sebagai rujukan oleh Pengurus Besar PKNS Othman Omar dalam suratnya kepada Azmin bertarikh 8 Disember.

Surat PKNS itu merujuk kepada keputusan Exco pada 13 November untuk menggugurkan Azmin sebagai ahli Pengarah PKNS. Surat itu bukan berupa “notis pemberhentian” Azmin daripada PKNS, sebagaimana yang dicadangkan oleh Khalid sebelum ini.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping