Rabu, Januari 22, 2014


Walaweh!!! Nampak gayanya kemelut isu berkaitan dengan pengguguran Si Azmin ni dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS masih belum reda lagi. Ada lagi pendedahan lain katanya.

Heran kan. Ceritanya tak de la besar mana sangat pun. Tapi kecohnya macam satu dunia ni nak kiamat. Macam la besar sangat Si Azmin tu sampai tahap nak dikecohkan satu dunia.

Jadi tak salah la kalau kita katakan bahawa puak - puak ni semua memang suka Kecohkan Rakyat je kerjanya. Nak harapkan diorang membela nasib rakyat, jangan harap la!!! Setakat jaga kepentingan diri masing - masing je!!! Rakyat diorang peduli pun tidak!!!
PETALING JAYA: Dalang disebalik pemecatan Mohamed Azmin Ali daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dijangkan dapat dibongkar pada Rabu selepas minit mesyuarat exco negeri berhubung konflik berkenan didedahkan kepada umum.

Pendedahan minit mesyuarat itu juga dilihat sebagai usaha Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk melepaskan diri daripada terus dikaitkan dengan dakwaan kononnya beliau bertanggungjawab menyingkirkan Timbalan Presiden PKR itu daripada agensi berkenaan.

Abdul Khalid dijangka akan mengadakan sidang media khas bertujuan mendedahkan semua dokumen berkaitan konflik pemecatan Mohamed Azmin selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Bangunan SUK di Shah Alam tengah hari Rabu.

Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi pada Selasa berkata, isu berhubung kontroversi pemecatan Mohamed Azmin merupakan agenda penting yang bakal dibincangkan menerusi mesyuarat berkenaan.

Selain memberi ruang kepada Abdul Khalid untuk 'lepas tangan', pendedahan minit mesyuarat dan dokomen berkaitan juga dilihat penting bagi menghantar isyarat kepada rakyat bahawa hukuman serta merta ke atas dua pegawai tinggi PKNS yang berada di tengah-tengah kontroversi ini adalah tepat.

Hingga kini kerajaan negeri dan PKNS saling menunding jari mengenai pemecatan Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping