Haduyai!!! Apa nak jadi dengan puak - puak Pakatan Haramjadah di Selangor ni ye? Makin hari makin celaru pulak dah diorang ni nampak gayanya. Cacamarba tak tentu arah dibuatnya.
Laporan Sinar Harian |
Punya la diorang ni dalam keadaan kelam kabut sampaikan nak buat keputusan secara bersama pun diorang boleh bertelagah sesama sendiri. Nak jadi pentadbir macam mana kalau macam tu?
Mungkin sebab terlalu banyak masalah yang melanda kepimpinan Negeri tu membuatkan diorang tak konsisten dalam menetapkan sebarang keputusan biar pun ianya penting.
Jika sebelum ini, salah seorang Exco Selangor tu mengesahkan bahawa Rejim Pakatan Selangor tu akan membekukan kenaikkan gaji ADUN seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini.
Kata Exco tu, keputusan tersebut dibuat atas dasar empati dan prihatinnya mereka terhadap bebanan serta kenaikkan kos sara hidup yang dihadapi rakyat pada ketika ini.
Tapi hari ini lain pulak yang kita dengar. Katanya kenaikkan gaji ADUN sebanyak 300 peratus tu tetap juga dilaksanakan seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini.
Pulak dah!!! Yang mana satu betul ni? Sekejap kata beku, sekejap kata tak beku. Sekejap kata tak naik, sekejap kata naik. Nampak sangat la yang diorang ni pun dah pening dibuatnya.
Sekarang dah tak pasal - pasal je Exco yang buat kenyataan kata kenaikkan gaji tu dibekukan songeh tak tentu arah. Mana dia nak letak muka dengan rakyat dia? Malu woo!!!
Mungkin itulah akibat sebab kuat sangat nak menipu rakyat. Penyudahnya sesama diorang pun jadi keliru dibuatnya. Kalau setakat buat keputusan populis untuk menipu rakyat, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.