Selasa, Januari 07, 2014


MEMALUKAN!!! Untuk kesekian kalinya, Si Mahfuz Bean ni hanya memalukan PAS dengan kedudukan dia sebagai seorang Ketua Penerangan. Rupanya dia sendiri pun tak tau apa - apa.

Sebelum ini, Si Mahfuz Bean tu mendesak agar Majlis Fatwa Kebangsaan membuat ketetapan yang tegas terhadap isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. 

Jelas desakan Si Mahfuz tu mahu Majlis Fatwa bertanggungjawab terhadap isu tersebut. Dia cuba memberi gambaran kononnya Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mahu lepas tangan.

Hakikatnya, Majlis Fatwa Kebangsaan dah keluarkan ketetapan dan membuat pendirian mereka dalam satu persidangan pada 5 - 7 Mei 2008 mengenai isu tersebut yang membuat keputusan:
Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. 

Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Nah!!! Sekarang sudah jelas bahawa pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan telah membantah penggunaan kalimah Allah ini bagi mereka yang bukan Islam sejak tahun 2008 lagi. 

Antara yang dijelaskan dalam ketetapan tersebut adalah: 
Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. 

Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. 

Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
Malah tidak cukup dengan itu. Majlis Syura PAS sendiri pun mengikut ketetapan sama yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Jadi, Mahfuz nak kata apa pulak lepas ni?

Adakah mereka akan akur dengan ketetapan dan pendirian yang dibuat oleh Majlis Fatwa atau diorang akan tetap membantah keputusan tersebut dan menyokong puak - puak Evangalist tu? Setakat pandai nak cari salah orang je baik tak payah Mahfuz oi!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Ketua penerangan yg dlm kegelapan.

    BalasPadam
  2. APELAH KENA DENGAN ORANG NI.. BODOH DAN BANGANGNYA BERTINGKEK TINGKEK. TAK ADE RASE MALU KE? TAK MEMBACA KE? TAK BUAT PENYELIDIKAN KE? KALAU KATE TAK TAU MEMBACA..TAPI LULUS SRP. KIRA OK LA TU....

    BalasPadam
  3. ORANG NI KENA SAMPOK HANTU KOPEK,PSAL TU KEBEBALAN NYA MELANTUN2

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping