Rasanya korang semua dah baca cerita pasal Pengerusi NFC Corp tu nak ambik tindakan saman terhadap Si Nurul Izzah dan Si Saifuddin Nasution tu kan? Ala, pasal isu beli kondominium tu.
Bagi SH, bagus dah tindakan yang dilakukan oleh Pengerusi NFC Corp tu demi menjaga maruah diri, nama baik dia serta keluarga. Memang itu pun yang sewajarnya dilakukan demi menegakkan Kebenaran.
Tapi mari kita buat kronologi yang mungkin berlaku bagi kes saman fitnah terhadap Si Nurul Izzah ni. Rasanya, korang semua pun tau apa yang akan berlaku akhirnya nanti ye tak?
Pertama sekali kes tu akan disebut dalam mahkamah seperti biasa. Maka Si Nurul Izzah tu pun akan memfailkan rayuan dimahkamah Majistret untuk menolak saman tersebut.
Malangnya, rayuan Si Nurul Izzah tu akan ditolak. Terpaksa pulak dia panjat mahkamah rayuan Persekutuan untuk buat tindakan yang sama. Kemudian dia gagal jugak buat rayuan.
Nak tak nak terpaksa la dia hadapi juga kes tersebut dan melalui perbicaraan yang sepatutnya. Tapi diakhirnya nanti, kes tersebut akan tetap diselesaikan diluar mahkamah.
Bagi SH, itulah kemungkinan yang akan berlaku kelak. Bukan SH nak buat ramalan atau sebagainya. Cuma perkara ni bukan pertama kali berlaku beb. Dah banyak kali dah berulangnya.
Sebelum ni pun Si Nurul Izzah tu pernah jugak disaman kerana membuat fitnah terhadap Datuk Raja Nong Chik. Pun kes tersebut diselesaikan diluar mahkamah setelah kedua - dua pihak berbincang.
Jadi nak heran apa kalau perkara yang sama berlaku kali ini? Tak mustahil semua tu boleh berlaku beb. Itu hakikat yang perlu kita terima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.
Mungkin kita ni terlalu baik hati terhadap puak - puak Pakatan Haramjadah tu gamaknya. Maka sebab itulah kita mudah sangat nak memaafkan diorang dan lepaskan diorang begitu sahaja.
Tapi cuba tengok perangai puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Pernah tak diorang buat apa yang dilakukan oleh kita sebelum ini? Ada tak kes diorang saman orang lain diselesaikan diluar mahkamah begitu sahaja?
Setakat ni tak de beb!!! Kalau boleh, sampai ke lubang cacing diorang akan ambik tindakan. Kalau ikutkan hati diorang, sampai bankrap orang tu dibuatnya. Itulah perangai hodoh puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Diorang bukannya peduli sangat dengan orang lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.