Timbalan Speker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dikhabarkan akan turut menawarkan diri bertanding dalam jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), yang akan diadakan Mei ini.
Menurut sumber dalaman sayap parti itu, Nik Nazmi telah menyatakan keputusan itu ketika perjumpaan yang telah diadakan bersama pimpinan AMK pada awal bulan ini.
"Bukan saya (sumber) saja, Nik Nazmi pun cakap nak bertanding," kata sumber itu kepada Sinar Harian Online.
Sebelum ini, menurut laporan media Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amirudin Shaari telah mengumumkan hasrat bertanding jawatan Ketua AMK pusat pada pemilihan parti.
Amirudin yang juga Adun Batu Caves itu berkata, keputusannya menawar bertanding bagi jawatan itu dibuat selepas mendapat sokongan daripada anggota sayap itu daripada seluruh negara.
"Setelah mendapat kata sepakat dan dorongan teman-teman khususnya anggota AMK daripada seluruh negara, saya dengan ini menyatakan hasrat untuk menawarkan diri sebagai calon Ketua AMK dalam pemilihan PKR pada tahun ini.
"Semoga hasrat ini terus mendorong cita-cita rakyat untuk melaksanakan agenda reformasi," katanya.
Dalam perkembangan sama, apabila ditanya kesahihan perkara itu, Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia itu berkata akan mengulas perkara itu apabila tiba masa yang sesuai.
"...saya akan ulas bila sampai masanya," katanya melalui satu kiriman SMS, hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.