Isnin, Januari 27, 2014


Hehehe!!! Memang lawak betul bila baca ulasan yang dibuat oleh kolumnis Utusan ni. Walaupun lawak, tapi ulasan dia tu tepat kena pada batang hidung Si Ketua Penipu tu sendiri.

Jika dilihat dari satu sudut, Si Ketua Penipu tu dengan Maria Ozawa yang dimaksudkan dalam artikel tersebut mempunyai satu persamaan. Dua - dua ada masalah salah laku moral.

Cuma yang sorang tu jadikan perkara tersebut sebagai kerja harian, manakala yang sorang lagi tu jenis manusia tak sedar diri. Dah kantoi terang - terangan pun dia masih tak nak mengaku. Itu bezanya antara orang yang ada maruah dan yang tak de maruah lansung!!!
SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersikap lebih terbuka seperti bintang filem porno Maria Ozawa yang pernah dihalang masuk ke Indonesia suatu ketika dahulu kerana bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Dalam ruang kolumnis Awang Selamat di Utusan Malaysia hari ini, Ozawa yang lebih dikenali sebagai Miyabi tidak menyalahkan kerajaan Indonesia gara-gara dihalang masuk ke negara itu.

Berbeza dengan Ketua Pembangkang menyalahkan kerajaan Jepun dan Wisma Putra ekoran tidak dapat memasuki ke negara matahari terbit itu kerana tidak mendapatkan Surat Kebenaran Khas selepas beliau pernah dipenjarakan di Malaysia.

"Dia sedikit pun tidak menyalahkan pihak Indonesia mahupun promoternya. Miyabi sedar bahawa dia yang menjadi punca permasalahan.

"Awang tertarik dengan sikap terbuka Miyabi walaupun dia dilabel sebagai tidak bermoral kerana kariernya itu, pelakon lucah lebih tahu menerima hakikat," kata Awang Selamat dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.

Pada tahun 2009 Ozawa atau dikenali sebagai Miyabi dihalang masuk ke negara Islam terbesar itu selepas menerima bantahan daripada NGO Islam republik tersebut.

Pada 19 Januari baru-baru ini, Anwar dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut.

Anwar telah dihalang daripada memasuki Jepun pada awal pagi Ahad dan telah dihantar pulang semula ke Malaysia tiga jam selepas pesawat yang membawanya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping