Kalau dibaca kenyataan Pemuda PAS ni dari satu sudut, diorang bukannya nak memperjuangkan rakyat sangat sebenarnya. Tapi diorang meluat tengok perangai puak - puak PKR ni.
Hakikatnya, perbalahan diantara Si Azmin dengan Si Khalid tu hanya merugikan kepentingan Politik puak - puak Pakatan Haramjadah tu je. Bukannya merugikan rakyat sangat pun.
Yang sesaknya puak - puak Parti Angguk Saja tu. Dah jadi satu kerja pulak diorang nak kena jelaskan kepada rakyat serta ahli yang mempertikaikan mengenai isu tersebut.
Desas - desus kedengaran bahawa ada dikalangan ahli - ahli PAS sendiri mula mempersoalkan Tahaluf Siyasi yang dibuat dengan Parti Kecohkan Rakyat tu.
Mereka melihat hubungan dengan Parti Kecohkan Rakyat tu ternyata sia - sia apabila parti tu sendiri GAGAL untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka secara tertutup.
Ternyata, perbalahan diantara Si Azmin dan Si Khalid Ibrahim tu menjejaskan imej serta integriti mereka dalam Pakatan. Termasuk la dengan puak - puak Parti Angguk Saja tu.
Maka sebab tu la diorang pun dah naik muak dan meluat dengan perangai Haramjadah pemimpin PKR ni. Asyik suka sangat nak berebut jawatan sampai lupa tanggungjawab masing - masing!!! Tapi sapa suruh diorang nak berkawan dengan puak - puak PKR tu? Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la wei!!!
PETALING JAYA: Perbalahan yang berlaku antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali disifatkan sebagai tidak menguntungkan rakyat yang sedang dihimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.Justeru, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menggesa kerajaan Selangor sewajarnya memberikan keutamaan dan fokus kepada isu-isu kebajikan dan kesejahteraan rakyat."Perbalahan yang berlaku di Selangor tidak sedikitpun membantu kesusahan rakyat yang dihimpit kesempitan kos sara hidup."Ia akan menjadi cerminan perbezaan antara pentadbiran Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional (BN); bukannya mempertajamkan lagi konflik dalaman yang hanya akan meruntuhkan tanggapan baik rakyat terhadap Pakatan Rakyat."Ini langsung tidak memberikan keuntungan kepada Pakatan Rakyat bahkan tidak akan memberi sedikitpun manfaat kepada rakyat Selangor," katanya menerusi satu kenyataan media pada hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.