Jumaat, Februari 07, 2014


Sudah terang lagi bersuluh. Memang itulah hakikat yang sebenarnya. Perkara ni tak perlu nak dipertikaikan lagi. Dan ianya memang patut dilakukan oleh Ahli Parlimen PAS ni.

Perkara ini bukan kali pertama kita dengar, tapi dah banyak kali dah sebenarnya. Sejak sebelum Pilihan Raya Umum lagi kita dah dengar alasan yang diberikan oleh puak - puak PAS ni.

Diorang memang keberatan nak bagi jawatan besar kepada Si Ketua Penipu tu sebab diorang tau, Si Ketua Penipu tu memang jenis manusia yang kemaruk nak jawatan. Itu sebab diorang tolak.

Tapi persoalannya, sampai setakat mana diorang sanggup tolak? Kalau setakat pandai bercakap hari ni je lepas tu Pakat Angguk Saja dikemudian hari, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je!!!

Kalau kita ingat, masa Muktamar yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu, ahli PAS diperingkat akar umbi dah sebulat suara menolak Si Ketua Penipu tu jadi Perdana Menteri.

Tapi sebaik sahaja Muktamar tu selesai, lain pulak pendirian yang dibuat oleh kepimpinan PAS Pusat sendiri. Semuanya pakat setuju belaka Si Ketua Penipu tu jadi PM.

Hari ni diorang boleh cakap yang diorang secara 'konsisten' menolak Si Ketua Penipu tu jadi Menteri Besar Selangor. Tapi bila tiba masanya nanti, diorang tetap akan terima jugak.

Itu satu kebiasaan yang dilakukan oleh puak - puak Parti Angguk Saja ni. Perkara macam tu yang membuatkan orang semakin hari semakin tak percaya dengan apa yang diorang cakap. Dasar Munafik tu jugak yang diorang nak ikut!!! Tu pasal la orang tak percaya!!!
SHAH ALAM – Pas tetap konsisten dengan keputusannya menolak calon PKR di Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, isu pertukaran menteri besar Selangor adalah tidak berbangkit dan Pas merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

“Keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat. Dalam erti kata lain, Pas tidak bersetuju menjadikan PRK Dun Kajang sebagai agenda menukar menteri besar Selangor.

“Itulah dua perkara besar yang telah diputuskan dan dikemukakan melalui kenyataan rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berasaskan keputusan ini, jelas Pas mempunyai pendirian tersendiri secara jamaei dan tidak mudah diseret ke tengah dan ke tepi,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping