Siapa Ketua Pemuda AMK Johor ni nak 'sound - sound' Pemuda PAS tak tentu arah ni? Dia ingat dia besar sangat ke sampai dia boleh 'sound' orang sesuka hati dia je? Jangan ingat Pemuda PAS ni tak de maruah tau.
Biar apa pun pandangan Pemuda PAS, Ketua AMK Johor ni tak de hak nak marah - marah tak tentu arah macam orang gila meroyan. Sedar diri tu sikit. Jangan suka sangat nak mendongak ke langit.
Ingat Pemuda PAS ni sekadar boleh jadi Pak Angguk Saja ke bila setiap kali hak mereka dirampas oleh puak - puak Parti Kecohkan Rakyat tu? Silap besar la brader!!!
Jangan ingat Pemuda PAS ni tak de maruah dalam mempertahankan hak mereka sendiri. Kalau setakat sekali dua boleh la AMK ni nak sekeh - sekeh kepala diorang sesuka hati.
Nasib baik je hari tu masa AMK Pusat mengutuk dan menghina Hadi Awang, Pemuda PAS Pusat tak ambik apa - apa tindakan. Kalau diorang ambik sebarang tindakan, memang maut la PKR jawabnya.
Sekarang ni, AMK dah jelas menunjukkan belang diorang. Diorang jelas sekadar memperlembukan Pemuda PAS. Selama hari ni pun Pemuda PAS jugak yang selalu buat kerja.
Nak harapkan AMK, diorang setakat tau buat kecoh je. Tu pasal la orang gelarkan diorang ni sebagai Anak Muda Kecoh. Nak suruh diorang buat kerja lain, diorang bukan tau apa - apa.
Hakikatnya, AMK jangan nak berlagak tak tentu arah dan bangga sangat dengan Si Ketua Penipu tu. Jangan ingat Ketua Penipu tu je yang layak dinobatkan sebagai 'Pemimpin Dunia'.
Mungkin puak - puak AMK ni lupa yang Hadi Awang juga merupakan pemimpin bertaraf dunia jugak tau. Hadi Awang pernah dijemput untuk selesaikan masalah di Mesir.
Jadi, jangan la puak - puak AMK ni nak pandang rendah sangat pada Pemuda PAS dan sesuka hati diorang je nak memperlekehkan orang lain. Sedar sikit. Pemuda PAS ni bukan sekadar Pak Angguk Saja yang boleh diorang perlembukan sesuka hati diorang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.