Adalah dijadualkan bahawa SPR hari ini akan membuat keputusan dan mengumumkan sama ada Pilihan Raya Kecil DUN Kajang wajar diadakan atau sebaliknya.
Rata - rata rakyat Malaysia mengecam tindakan tidak beretika yang telah dilakukan oleh ADUN Kajang yang Sengal tu sebelum ini. Ianya dianggap sebagai satu penghinaan.
Bukan sekadar rakyat biasa sahaja yang mengecam dan mengutuk tindakan tersebut. Malah dikalangan ahli - ahli Pakatan Pembangkang pun turut menolak tindakan yang dilakukan.
Kata mereka, tindakan ADUN Kajang yang Sengal tu merupakan satu pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat yang telah mengundi dia dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
Tambahan pula, kata mereka, wujudnya Pilihan Raya Kecil dikawasan tersebut bukannya atas dasar untuk menjaga kepentingan rakyat. Sebaliknya hanya untuk menyelesaikan kemelut dalaman PKR semata - mata.
Hanya kerana parti tersebut dilanda konflik dalaman yang cukup kronik, maka rakyat pula dihukum dan diheret tanpa penjelasan yang telus serta jujur dari Pakatan Haramjadah.
Yang pasti, kemelut yang melanda PKR membawa kepada perletakkan jawatan yang dibuat oleh ADUN Kajang yang Sengal tu bagi memberi laluan kepada Si Ketua Penipu tu untuk bertanding.
Alasan sedemikian sudah tentu tidak wajar diterima dan dijadikan sebab yang kukuh untuk mengadakan Pilihan Raya kerana ianya menjejaskan amalan demokrasi di Malaysia.
Cuba korang fikir. Jika benar puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak memperbetulkan sistem dengan perletakkan jawatan trsebut, kenapa diorang tak buat awal - awal dulu?
Kenapa selepas Pilihan Raya Umum yang lepas diorang semua tak pakat letak jawatan bagi mendesak supaya Pilihan Raya semula diadakan? Kan cara tu pun boleh bagi diorang peluang yang sama?
Makanya, sekarang pihak SPR perlu mengambil tindakan yang lebih tegas dan tidak hanya lentur dengan permainan Politik puak - puak Pakatan Haramjadah ni.
Jangan terjebak dalam agenda Politik Kotor yang nak dilaksanakan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah ni yang jelas dibuat demi kepentingan mereka semata - mata. Jaga kepentingan rakyat, jangan setakat nak jaga kepentingan puak - puak Pakatan Haramjadah tu je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.