Hadeh!!! Ada jugak manusia dalam Malaysia ni yang nak Si Ketua Penipu tu cakap berterus terang ek. Mungkin orang tu masih berharap agar dia berubah kot.
Hakikatnya, Si Ketua Penipu tu tak reti nak bercakap benar. Apatah lagi dia nak menerima Kebenaran. Kerja yang dia tau buat hanya menipu rakyat je. Jadi, jangan harap la dia nak bercakap terus ternga dengan orang. Semua yang dia buat ada agenda sulit belaka!!!
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mencipta pelbagai alasan lain yang akan menjeratkan dirinya apabila mengambil keputusan untuk menjadi calon pada PRK Dun Kajang, kata Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.Menurut Wan Saiful, umum mengetahui pembabitan Anwar dalam PRK ini adalah untuk menyelesaikan kemelut dalaman PKR, khususnya antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.Ujarnya lagi, Anwar tidak boleh menggunakan alasan Abdul Khalid yang tidak mampu mengendalikan masalah politik di negeri ini untuk bertanding di Dun Kajang."Jangan jadikan Abdul Khalid sebagai alasan, dia tak boleh kendalikan politik di Selangor."Kalau itu masalahnya, PKR perlu akui parti itu tak mampu nak perintah, serahkan kepada Pas yang menang majoriti di sana, mereka lebih berhak."Tak perlu Anwar yang putuskan, sebab PKR adalah minoriti di sana."Anwar perlu berterus terang, lagi banyak dia cipta alasan lagi menonjolkan usaha dia untuk mengaburi mata rakyat, sedangkan hakikatnya semua orang tahu dia ke Kajang untuk selesaikan kemelut itu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.