Ahad, Februari 02, 2014


Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis meminta tindakan diambil terhadap seorang wakil rakyat kerana menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta kerajaan.

Laporan dibuat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang didakwa terbabit dalam pembikinan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia' sempena Tahun Baharu Cina itu, dimuat turun dan tersebar meluas dalam laman YouTube sejak lima hari lepas.

NGO terbabit adalah Persatuan Aduan Rakyat, Persatuan Inspirasi Melayu Gombak (Impak), Persatuan Pemilik-Pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) dan Gabungan NGO Daerah Gombak.

Pengerusi Persatuan Aduan Rakyat yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata laporan itu meminta polis bertindak terhadap pihak yang terbabit dalam mengarah dan menerbit klip video yang disifatkan boleh menggugat perpaduan kaum.

"Klip yang tersebar luas ini telah mengutuk Perdana Menteri, isterinya dan mengkritik kerajaan. Malahan klip ini mampu mencetuskan masalah perkauman dengan melaga-lagakan kaum di negara ini. Kami meminta polis menyiasat dengan segera.

"Kami juga berharap Teresa Kok meminta maaf dan menarik balik klip video itu," katanya selepas membuat laporan polis kira-kira pukul 1.30 petang di Balai Polis Gombak hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Impak, Muhammad Naguib Kaharuddin meminta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat secara menyeluruh berhubung klip video terbabit.

Klip video berdurasi 11 minit 39 saat itu memaparkan empat individu termasuk Teresa sedang berbual dan membincangkan pelbagai isu berkaitan kaum dan negara.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Persoalannya, kenapa puak pendatang itu begitu berani mengutuk dan menghina umat Melayu dan agama Islam?
    Jawapannya, tak lain tak bukan kerana orang Melayu hanya berani bercakap atau hanya 'banyak cakap' tapi tidak ada tindakan. Ianya terjadi bukan sahaja diperingkat bawahan, malah diperingkat kepimpinan atasan.
    Apa saja penghinaan mereka terhadap Melayu dan Islam, tak ada apa tindakan yg mereka akan hadapi selain daripada kutuk dan laporan polis di sana sini.
    Kesudahannya - 'habuk pun tak ada'....
    Melayu.... Melayuuuuu.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping