Ahad, Februari 02, 2014


Mana-mana pihak yang tidak mendapat tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak dibenarkan untuk menyampaikan khutbah Jumaat dan tazkirah di masjid, demikian menurut Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Aidit Ghazali.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan tentang tindakan kedua-dua badan agama tersebut yang cuba menghalang program kempen Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disebuah masjid Kajang Jumaat lalu. 

Menurut sumber yang dipetik sebuah portal, Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty yang dijadualkan memberi tazkirah dan khutbah di Masjid Batu 10, telah dihalang berbuat demikian kerana campur tangan MAIS dan JAIS.  

"Kalau JAIS dan MAIS bertindak, kami tak bertindak memilih bulu. Tetapi kami akan bertindak berdasarkan sesiapa kalau langgar undang-undang, termasuk melanggar dan derhaka titah Sultan sebagai ketua agama, maka kami laksana berdasarkan apa yang diamanahkan ke atas kami.

"Kalau sesiapa yang terasa bahawa dia ini seolah-olah jadi sasaran MAIS dan JAIS, pada saya ini ialah mungkin kerana dia makan cili, dia terasa pedas. 

"Kalau katakan di MAIS dan JAIS sudah tetapkan bahawa orang yang tidak bertauliah tidak boleh masuk ke dalam masjid dan surau bawah pentadiran MAIS dan JAIS untuk berceramah dan berkhutbah, takkan kita nak kata orang yang buat salah ini kita 'special' sikit. Mana boleh begitu," jelasnya kepada Antarapos.

Malah menurut surat yang pernah dikeluarkan JAIS pada tahun 2010, nazir yang dilantik tidak dibenarkan sewenang-wenangnya memberi individu dari luar yang tidak mempunyai tauliah untuk menyampaikan khutbah Jumaat dan ia jelas melanggar arahan MAIS.

Tambah Aidit lagi, kedua-dua badan tersebut melaksanakan tindakan setiap masa dan tidak tertumpu sewaktu kempen pilhan raya sahaja. 

Oleh itu katanya, pihak yang 'berfikiran sempit' dilihat cuba mengambil kesempatan ini mengaitkan tindakan JAIS dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi dan menampakkan seolah-olah merekalah 'mangsa' demi meraih simpati rakyat.  

"Jadi tak timbul persoalan kita ini seolah-olah terikat dan terbabit pada kempen. Kita melaksanakan tugasan secara konsisten sejak wujudnya JAIS dan MAIS. 

"Apabila kebiadapan pihak tertentu bertambah, apabila mereka ini berani derhaka dan khianat, berani mencabar titah tuanku, berani mempersoalkan enakmen pentadbiran agama, berani mengatakan fatwa hanya untuk orang Islam dan tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

"Berani langgar keputusan mahkamah, berani mencabar Perlembagaan Persekutuan bersabit kedudukan Islam dan umatnya, apakah agensi seperti MAIS dan JAIS kena bersifat dayus? Tentu sekali tidak," katanya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping