Ahad, Februari 09, 2014


Kalau nak ikut cara Islam, biar la ikut cara yang betul. Kenapa pulak setiap pandangan dan pendirian perlu dijadikan bahan paksaan? Adakah itu cara yang Islam anjurkan?

Katanya, puak - puak Parti Angguk Saja ni nak memperjuangkan Islam dan nak mengikut cara Islam yang sebenar. Tapi dalam membuat pendirian, kenapa tak ikut cara Islam?

Sekarang Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS dah buat ketetapan mereka sendiri iaitu untuk menolak pencalonan Si Ketua Penipu tu sebagai Menteri Besar Selangor.

Malah mereka jugak turut mengecam tindakan yang dilakukan oleh PKR dikawasan DUN Kajang yang disifatkan sebagai penghinaan terhadap kepercayaan rakyat. 

Takkan itu pun boleh dianggap satu dosa dikalangan puak - puak Parti Angguk Saja tu? Takkan la selama - lamanya diorang sekadar naik ikut telunjuk dan asyik cium bontot puak - puak Liberal macam PKR tu je sepanjang masa!!! Mana pergi maruah Islam kalau macam tu? Buat mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM - Tegas dengan pendirian sebelum ini, sayap penting dalam Pas, Dewan Ulama kekal dengan pendirian bahawa tindakan PKR secara sendirian sehingga membawa kepada PRK Dun Kajang sebagai satu kesilapan.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan berkata, tindakan PKR yang membuat keputusan tanpa konsensus tidak patut berulang lagi pada masa hadapan.  

Selain itu, mesyuarat bulanan sayap parti itu yang diadakan malam tadi sebulat suara menegaskan bahawa isu Menteri Besar Selangor tidak perlu dibangkitkan dalam PRK Kajang.

"... kemenangan PRK Kajang tidak menjadi jambatan untuk pertukaran MB sedia ada," katanya sambil mengalu-alukan keputusan Lajnah Politik Pas untuk membantu PKR pada pilihan raya kecil nanti.

Mesyuarat yang diadakan malam tadi antara lain turut memutuskan Datuk Nik Zawawi Saleh sebagai pemangku Ahli Jawatankuasa Kerja selaras dengan peruntukan Perlembagaan Pas (Pindaan 2011).

"Dewan Ulama juga merekodkan penghargaan di atas jasa-jasa Allahyarham Tuan Guru Datuk Harun Taib dalam mengemudi kepimpinan Dewan Ulama Pas Pusat dari tahun 1995-2007 dan 2009-2014," katanya dipetik daripada kenyataan itu.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. PAS NAK JADI APE.....JADILAH. NAK JADI BUDHA....NAK JADI HINDU....NAK JADI KERISTIAN....LANTAKLAH.
    ANGGUK SAJELAH...ORANG HINA ALLAH... ANGGUK. ORANG HINA NABI... ANGGUK. ORANG HINA ISLAM...ANGGUK.
    TAK ADE APA YANG NAK KITA HARAP DENGAN PAS. MATLAMAT UNTUK ISLAM YILLEK....MATLAMAT CUMA JATUHKAN UMNO.
    INSYAALLAH TAK AKAN MAKBUL CITA2 BUSUK TU. MINTALAH BANTUAN SYAITAN PULA SELEPAS SEGALA SEMBAHYANG HAJAT GAGAL. NAJIB PUN BELUM PECAH PERUT. TUN M PUN MASIH SIHAT WALAFIAT.
    CUMA PEMIMPIN PAS JER GUGUR LEPAS SATU...SATU.

    ADIOSS......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping