Isnin, Februari 17, 2014


Kalau diikutkan, dimana-mana tempat pun pastinya peminat-peminat kelab bola Manchester United (Man U) lah yang paling ramai sekali.

Tak kiralah di laman sosial mahupun kedai mamak, bila tiba perlawanan bola yang melibatkan Man U, pastinya penyokong-penyokong kelab tersebut akan turun dan menunjukkan sokongan mereka kepada Man U.

Dan bagi die-hard-fans kelab tersebut, anda boleh melonjak gembira apabila bekas pengurus dan pemain Man U, Alex Ferguson serta David Beckham bakal turun ke Istana Budaya pada 26 Mac ini.

Bukan untuk membuat persembahan teater ataupun muzikal, tapi keduanya hadir bagi memeriahkan lagi Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014 yang setaraf dengan anugerah Oscar bagi industri sukan.

Bakal memasuki edisi yang ke-14, anugerah ini buat pertama kalinya diadakan di Asia dan Malaysia telah dipilih secara rasmi sebagai tuan rumah untuk tahun 2014. 

Antara lokasi yang pernah menjadi hos bagi anugerah sukan berprestij ini termasuklah London, Abu Dhabi, Barcelona, Rio De Janeiro dan juga Saint Petersburg.

Lebih menarik, Beckham bakal turun bersama isterinya, Victoria dan kemungkinan besar, anak-anak Beckham akan turut hadir sama.

Dan bagi pengikut-pengikut sukan dunia, saksikanlah lagenda pecut dunia, Usain Bolt, pemegang trofi tenis dunia, Roger Federer, serta Lewis Hamilton dan juga Zinedine Zidane. Kesemua mereka pernah memenangi anugerah ini pada edisi yang lepas.

PS: Apa punca Selangor kalah 4-1 malam semalam? Mungkin gambar dibawah boleh menjelaskan. Selebihnya tu, korang fikir la sendiri!!!

Suwei Sepanjang Musim!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping