Nampaknya, dunia hiburan 2014 bermula dengan rancak apabila penyanyi terkenal Christina Aguilera dan Taylor Swift akan turun ke Malaysia dan menghiburkan rakyat tempatan.
Penyanyi bersuara lantang, Christina Aguilera bersama Rain dan Craig David akan membuat persembahan secara langsung di konsert Twin Towers @Live 2014 pada 1 Jun 2014 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Selain itu artis tempatan seperti Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Ila Damia, DJ Biggy, Oh Chentaku, dan DJ Irama juga akan menghiburkan peminat muzik yang menghadiri konsert ini.
Bukan itu saja, Taylor Swift pula akan melangsungkan konsert The Red Tour pada 11 Jun 2014 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Khabarnya, Taylor akan mempersembahkan lagu-lagu popular daripada album lamanya dan juga memperkenalkan lagu-lagu dari album paling terbarunya iaitu ‘Red’ eksklusif untuk peminat-peminatnya di Malaysia.
Pastinya anda semua tidak sabar untuk melihat Christina Aguilera dan Taylor Swift datang ke Malaysia. Siapa lagi agaknya yang akan datang ke sini ya?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.