Itulah pengakuan terbuka yang telah dibuat oleh Si Sipudin tu dalam isu berkaitan dengan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang. Katanya, pengosongan kerusi DUN Kajang tu semuanya kerja Rafizi.
Kiranya, bagi Si Siputdin tu, semua gerak kerja dan taktik yang dibuat bagi merealisasikan kewujudan PRK yang dianggap Haram tu adalah tanggungjawab Rafizi seorang diri.
"110% kredit perlu diberikan kepada Rafizi berikutan peletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh.
“Kerana dia yang usahakannya daripada memujuk, menyediakan surat peletakan jawatan sehinggalah membawanya bertemu Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor."Itu semua khayalan pihak tertentu sahaja," kata Saifuddin yang mendakwa Azmin tidak terlibat dengan peletakan jawatan ADUN Kajang itu.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Siputdin tu kepada pihak media semalam. Dari satu sudut, dia dengan selamba je meletakkan kesalahan tu kepada Rafizi.
Nah!!! Sekarang kita nak tanya PAS, adakah mereka masih lagi nak menyokong puak - puak Parti Kecohkan Rakyat tu sedangkan semua benda tu memang telah dirancang dengan rapi.
Perancangan yang dibuat jelas tidak melalui Konsensus atau persetujuan dari kalangan pimpinan Pakatan Haramjadah tu di Selangor sehingga membuatkan PAS pun terpinga - pinga.
Jika sebelum ini, puak - puak PAS tu jugak yang dok buat kecaman membantah serta mengkritik tindakan PKR berhubung isu pengosongan kerusi DUN Kajang.
Mereka bukan hanya mempertikaikan tindakan tersebut dengan alasan untuk menafikan Si Ketua Penipu tu dari merampas kerusi Menteri Besar Selangor dimasa akan datang.
Sebaliknya, puak - puak PAS tu jugak turut mengecam tindakan PKR tu kerana dianggap ianya sebagai satu penghinaan dan memperlekehkan kepercayaan rakyat dikawasan tersebut.
Jadi, dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Siputdin tu semalam, memang sah la PKR ni merancang untuk menghina dan memperlekehkan rakyat di Kajang. Yang PAS masih jugak nak menyokong diorang tu buat apa!!! Mengabihkan masa je!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.