Memang tidak syak lagi bahawa kenyataan Si Rafizi tu hanya memakan diri dia sendiri. Dalam keangkuhan dia nak mendabik dada menjadi Hero di Kajang, dia dah memalukan Si Ketua Penipu tu.
Jika sebelum ini, Si Rafizi tu dengan bangganya mengaku depan pencacai - pencacai Pakatan dan mengakui kononnya semua perancangan di Kajang adalah hasil usaha dia seorang.
Tapi dek kerana suka sangat membanggakan diri tu la yang membuatkan Si Rafizi ni tersalah langkah. Tak pasal - pasal je dia mengakui bahawa Si Ketua Penipu dan Si Azmin tu Kaki Penipu.
Dalam kenyataan Si Rafizi tu hari ini, dia mendakwa KONONnya kekosongan kerusi DUN Kajang tu Tidak Di Rancang. Malah Si Ketua Penipu dan Si Azmin tu sendiri pun tak tau mengenai perkara tersebut.
"Anwar hanya baru tahu perkara ini dan perkara ini tidak dirancang, sebelum ini pun ada bincang perkara ini tetapi sekejap ada, sekejap tiada, tetapi baru-baru ini saja akhirnya PKR membuat keputusan untuk meletakkan Anwar bertanding di kerusi DUN Kajang,” kata Rafizi ."Azmin pun baru tahu perkara itu (keputusan Anwar tanding di DUN Kajang) lambat," katanya.
Nah!!! Kenyataan Si Rafizi tu jelas bertentangan dengan apa yang dinyatakan sendiri oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini dalam siri penjelasan dia kepada pihak media.
Laporan dalam The Malaysian Insider mengesahkan bahawa Si Ketua Penipu tu mengaku kekosongan kerusi DUN Kajang tu memang sudah dirancang terlebih dahulu.
Kata Si Ketua Penipu tu, perletakkan jawatan ADUN Kajang yang Sengal tu memang dibuat untuk memberi laluan agar dia dapat bertanding dikawasan tersebut.
"Dia (Lee) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai Adun) itu memang hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu."Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (PKR)," katanya kepada kira-kira 200 ahli jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan cabang wanita di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di Bukit Mertajam, malam ini.
Hah!!! Sekarang siapa yang bercakap benar dan siapa yang menipu? Adakah kekosongan kerusi DUN Kajang tu memang dirancang atau pun dibuat sebaliknya?
Inilah padahnya kalau suka sangat nak menipu rakyat sampai tahap sesama dia pun nak ditipunya hidup - hidup. Kalau sesama dia pun diorang boleh menipu, apatah lagi kita yang tak ada kaitan lansung dengan diorang ni. Lagi mudah la diorang nak kencing!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.